write here about you and your blog

Risiko Pelaburan

Assalamu'alaikum wbt.

SOALAN : Ada risiko tak melabur dalam Unit Amanah ni?

JAWAPAN : Memang ada risiko. Anda dinasihatkan mengetahui apakah risiko-risiko yang terlibat di dalam pelaburan Unit Amanah. Walau bagaimanapun risiko tersebut dapat diminimumkan dengan ilmu (strategi pelaburan) serta bantuan dari Perunding Unit Amanah yang terlatih. Ianya bukanlah satu perkara yang harus ditakuti, risiko boleh ada dimana-mana sahaja. Sebagai contoh, jika anda membawa kereta. Apakah risiko anda membawa kereta di jalan raya? Sudah tentu jawapannya kemalangan. Bagaimana caranya untuk anda mengurangkan risiko tersebut? Mungkin anda akan melakukan seperti berikut:-
  • Melakukan pemeriksaan keadaan kereta anda secara rutin setiap bulan sentiasa dalam keadaan baik.
  • Membeli insurans kereta
  • Menyumbang ke Takaful bagi diri dan penumpang
  • Membawa kereta dengan cermat, berhati-hati dan penuh dengan komitmen
  • Ubah sikap sentiasa bertolak ansur, sabar semasa memandu dan sebagainya.
Begitu jugalah dalam pelaburan, sebelum anda melabur anda tanya diri anda. Adakah anda sanggup berdepan dengan risiko pasaran yang sentiasa turun naik, risiko saham, risiko kecairan dan sebagainya. Disinilah pentingnya anda sebagai bakal pelabur mengetahui sejauh mana sanggup atau tidak anda berdepan dengan risiko. Setiap dana tersebut ada risiko, ada yang berisiko tinggi tetapi memberi pulangan tinggi dan ada yang risiko rendah tetapi keuntungan tak seberapa. Terpulang kepada anda. Selain itu faktor umur juga memainkan peranan penting. Bagi mereka yang telah pencen atau berumur, kebiasaannya mereka ini lebih gemar kestabilan kewangan berbanding keuntungan. Perunding Unit Amanah yang terlatih harus menyarankan apakah dana yang sesuai untuk mereka. Sekarang mari kita mengenali risiko pelaburan yag terlibat mengikut dana-dana tersebut.

Dana Ekuiti dan Seimbang (Risiko Tinggi,Pulangan Tinggi)

Risiko Pasaran

Pembelian ekuiti mewakili risiko kerana harga saham yang menyokong NAB (Nilai Aset Bersih)dana berubah sebagai tindak balas kepada pelbagai faktor. Perubahan adalah disebabkan kepada aktiviti sesebuah syarikat dan pasarang umum keadaan ekonomi yang diwakili oleh dana tersebut (di mana dana tersebut dilaburkan). Pergerakan di dalam harga sokongan saham di portfolio pelaburan akan menyebabkan NAB dana atau harga unit akan jatuh ataupun meningkat.

Risiko Saham

Perubahan harga penting sesuatu saham yang dilaburkan oleh dana mungkin menjejaskan NAB dan memberi kesan (sama ada buruk atau baik) ke atas harga unit. Kesan ini, walau bagaimanapun, boleh dikurangkan melalui proses pelbagaian portfolio oleh pengurus dana.

Risiko Kecairan

Ditakrifkan sebagai betapa mudah sekuriti boleh dilupuskan pada atau berhampiran nilai berpatutan tertakhluk kepada volum yang didagangkan di pasaran. Sekiranya dana mempunyai portfolio sekuriti yang besar yang kurang cair atau sukar dilupuskan, sekuriti mungkin akan dijual pada diskaun kepada nilai berpatutan, sekaligus menjejaskan nilai pelaburan. Risiko ini dapat dikurangkan melalui proses pemilihan saham dan pelbagaian portfolio oleh pengurus dana.

Risiko Mata Wang

Merujuk kepada di mana dana tersebut dilaburkan. JIka melibatkan mata wang asing atau aset yang dinamai dalam mata wang asing, dana mungkin terdedah kepada risiko kemudahubah mata wang. Perubahan kadar tukaran asing akan menjejaskan nilai pelaburan asing dana apabila ditukar ke mata wang tempatan dan oleh demikian menjejaskan nilai pelaburan pemegang unit.

Risiko Negara

Pelaburan asing di dalam dana mungkin dijejaskan oleh perubahan keadaan politik dan ekonomi negara yang mana pelaburan dibuat. Faktor politik dan ekonomi seperti perubahan dasar ekonomi negara tersebut, polisi kerajaan asing serta sekiranya berlaku perang atau huru-hara di negara tersebut, ianya kan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan usaha niaga dan kesan pasaran kewangan (iaitu pasaran ekuiti/bon).
  • PAIF, PIADF, PIALEF dan PIABF mungkin terjejas oleh perubahan keadaan politik dan ekonomi pasaran Asia.

  • PCIF mungkin terjejas oleh perubahan keadaan politik dan ekonomi pasaran tanah besar China.
Risiko Ketidakpatuhan dengan ketetapan Syariah

Untuk dana Syariah, risiko dana mungkin memegang sekuriti yang bukan patuh Syariah. Ini disebabkan kemungkinan sekuriti tersebut diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah SS dan/atau Penasihat Syariah pada masa pembelian, sebagai patuh Syariah, dan kemudiannya dikelaskan sebagai sekuriti bukan patuh Syariah.

Dana Bon dan Pasaran Wang (Risiko Rendah, Pulangan Rendah)

Risiko Kadar Faedah

Pergerakan kadar faedah mempunyai kesan terhadap penilaian bon/sukuk di mana harga bon/sukuk bergerak bertentangan dengan kadar faedah. JIka kadar faedah meningkat, harga bon/sukuk menurun dan ini akan menjatuhkan nilai pasaran pelaburan dana bon/sukuk. Situasi tentangan akan berlaku apabila kadar faedah menurun, maka nilai pasaran akan meningkat.

Risiko Kredit

Kebolehan Penerbit membuat bayaran keuntungan dan modal tepat pada masanya. Sekiranya penerbit sebuah instrumen mungkin dalam pembayaran keuntungan atau modal, nilai dana mungkin terjejas dengan ketara.

Risiko Kecairan

Risiko Negara

Risiko Ketidakpatuhan dengan Ketetapan Syariah.


ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bismillahirrahmanirrahim

SOALAN
Apa itu Formula Kekayaan PISC ? Mungkin anda tertanya-tanya apa sebenarnya formula kekayaan PISC ni. Adakah ianya relevan dan practical untuk dilaksanakan. Sebenarnya formula ini bukanlah formula yang luar biasa, ianya sudah diguna pakai oleh pakar-pakar perancang kewangan. Ianya semudah memakan Ais Batu Campur (ABC).

Mari kita kupas satu persatu, apa yang dimaksudkan dengan formula ini.

P-Planning
Perancangan penting sebelum ada melakukan atau mencapai matlamat anda. Dalam matlamat itu sendiri perlu ada perancangan. Kaedah SMART diguna pakai dalam menentukan matlamat dan strategi bagi mencapai matlamat anda. Perancangan adalah penting sebelum seseorang itu mencapai matlamatnya. Bagaimana bentuk perancangan begitulah hasilnya. JIka perancangan di rancang dengan teliti maka kemungkinan besar hasil dari perancangan itu akan lebih berkualiti. Bagi menentukan matlamat,cuba tanya diri anda, Apakah matlamat kewangan anda untuk 10 tahun akan datang? Adakah anda akan membeli sebuah rumah atau menghantar anak ke Universiti?Semuanya terpulang kepada anda. Jika anda telah menetapkan matlamat sebegitu maka perancangan strategi perlu dibuat. Apa yang perlu kita lakukan demi mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda boleh bekerja kuat,atau bekerja lebih masa atau mencari pekerjaan sampingan demi menampung hidup 10 tahun akan datang atau lebih.

I-Income
Yuppp Income atau pendapatan. Jika anda tiada pendapatan maka anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda. Anda perlu bekerja untuk mencapai matlamat anda dari sekarang. Jika anda beranggapan bahawa gaji anda cukup untuk tempoh persaraan. Mungkin ia mungkin tidak kerana sikap anda tidak membenarkan anda berbuat demikian.Anda perlu bekerja kerana nak dapat duit dan duit tersebut diguna pakai untuk mencapai matlamat anda tidak kira untuk jangkamasa pendek,sederhana atau panjang. Anda bekerja keras kerana duit ini bermakna andalah hamba kepada duit. Maka kita harus mengubahnya agar duit menjadi hamba kepada kita dengan melakukan timbal balik seperti anda (manusia) cari duit, duit cari duit.

S-Saving
Simpan adalah kaedah bagaimana mengumpul duit hasil dari pendapatan kita bekerja. atau keuntungan dari perniagaan. Kita mempunyai pilihan untuk menyimpan sama ada di bawah bantal, tabung rumah , akaun simpanan bank , tabung haji atau di Unit Amanah. Instrumen-instrumen ini mempunyai risikonya masing-masing. Sebagai contoh, jika anda menyimpan duit dibawah bantal RM100 selama setahun. Kemungkinan anda akan mengalami kerugian iaitu susut atau kecut pada nilai RM walaupun hakikatnya bentuk fizikal duit tidak berubah, yang berubah adalah nilainya ditambah dengan risiko inflasi. Sudah tentu ianya mengurangkan nilai mata wang sekiranya inflasi meningkat.

C-Compounded
Gandakan duit anda, (ini adalah kaedah dimana duit simpanan anda berganda-ganda sepanjang tahun bergantung kepada matlamat anda. Ini dinamakan duit cari duit. Disinilah ramainya jutawan menggunakan konsep compounded. tambah duit anda melalui formula compounded bagi meraih keuntungan sekaligus menjana lebihan pendapatan.

Saya akan bercerita lagi dilain hari tentang Formula ini.

Ikhlas , perkongsian untuk semua


Sekian,


Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321