write here about you and your blog

Assalamu'alaikum wbt.

SOALAN : Bagaimanakah caranya untuk meminimumkan risiko dalam pelaburan Unit Amanah?

JAWAPAN :

(1) SWITCHING

Pelaburan anda bukanlah sesuatu yang statik. Maka anda juga tidak boleh berkelakuan statik sebaliknya anda perlu lebih dinamik di dalam memerhatikan potensi pelaburan anda. Mintalah bantuan perunding unit amanah atau mereka yang lebih arif agar memberitahu masa-masa yang sesuai untuk anda berbuat sesuatu tindakan. Sebagai contoh, sekiranya anda yakin bahawa ekonomi akan susut (biasa berlaku dalam tempoh setiap 8-10 tahun) dan dana anda telah susut (jatuh harga) dalam suatu jangkamasa yang panjang (contoh sebulan atau lebih) maka anda perlu bertindak mengunci keuntungan atau apa yang diistilahkan sebagai LOCK Profit. Anda perlu switch dana ekuiti anda kepada dana bon atau money market kerana kedua-dua dana jenis ini tidak berpotensi akan jatuh mendadak seperti ekuiti. Seterusnya apabila ekonomi memulih, anda perlu switch kembali dana bon anda kepada ekuiti. Srategi ini kita panggil Switching.

(2) KEPELBAGAIAN DALAM PELABURAN

Dalam Skim Unit Amanah, risiko untuk rugi banyak seperti di dalam pelaburan saham secara langsung adalah kurang. Ini kerana dana yang terkumpul dari pemilik unit dana akan dilaburkan oleh pengurus dana lebih dari satu portfolio. Sebagai contoh, dana tersebut dilaburkan ke kepelbagaian sektor dan syarikat. Ini bermakna jika salah satu sektor mengalami kerugian, pelabur tetap masih mendapat keuntungan dari sektor dan syarikat yang lain. Ibarat kata pepatah para pelabur bijak "Jangan letakkan semua telur ke dalam bakul yang sama tetapi letakkan telur di dalam bakul yang berlainan", ini kerana jika diletakkan telur dalam satu bakul yang sama kemungkinan jika berlaku perkara seperti bakul terbalik maka kemungkinan besar kesemua telur tersebut akan pecah (pelaburan secara langsung).

(3) ALLOCATION UNIT
Apa dia tu ? Dalam bahasa mudah, 'asset allocation' jika melabur secara l"ump sump" atau sekaligus katakan RM 50,000 . Perunding Unit Amanah yang terlatih akan memberi nasihat kepada anda agar melakukan Allocation Unit. Maksudnya sama seperti tadi jangan masukkan semua telur dalam satu bakul yang sama, kali ini bagaimana RM50,000 tersebut diagihkan atau dipecahkan kepada beberapa kategori jenis dana. Kategori dana unit amanah ni boleh diringkaskan ada beberapa jenis:
  • Ekuiti: asset class yang melabur dalam pasaran saham- risiko yang tinggi antara semua kategori tapi pulangan/return yang tinggi antara semua kategori.

  • Bond: asset class yang melabur dalam sekuriti hutang- risiko yang lagi rendah berbanding ekuiti tapi pulangannya rendah juga jika nak dibandingkan dengan ekuiti.

  • Money Market: pelaburan dalam instrumen pasaran wang-risiko terendah berbanding 2 jenis yang diatas dan pulangannya stabil tetapi kebiasaannya paling rendah.

Dalam keadaan pasaran sekarang yang mengalami penurunan ada pelabur unit amanah yang tengah 'garu-garu' kepala sebab rugi. Ada yang agen-agen suruh 'top-up' pelaburan sebab harga rendah. Macam mana kalau harga turun lagi? Jadi saya lebih suka strategi 'asset allocation' sebab kita boleh 'parking' dulu duit kita dalam dana kategori contohnya Money Market sementara tunggu pasaran pulih baru kita sikit-sikit masuk kembali dalam dana Ekuiti untuk membuat untung.



Jadi macam contoh rajah di atas, kalau dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu dan pasaran saham yang merundum, kalau melabur dalam Ekuiti confirm jadi macam rajah yang no. dua tu (Public Ittikal Fund) -35.00% maknanya kata kanlah melabur sekaligus macam RM 50,000 tadi jadi sekarang ni duit kita hanya tinggal RM 32,500 saja! banyak tu bro.

Tapi kalau kita pasang strategi 'asset allocation' katakanlah kita sangat berhati-hati jadi kita letak semua RM 50,000 dalam dana kategori Money Market macam contoh di atas (Public Islamik Money Market) jadi sekarang ni duit kita jadi lebih kurang RM 51,485 sebab ada untung 2.97%. Selain duit kita tak terjejas teruk macam kat ekuiti tapi ada untung sikit bila dah pasaran ok baru kita masuk dalam Ekuiti kerana potensi keuntungan dalam Ekuiti boleh melebihi 10% setahun.

(4) RINGGIT COST AVERAGING (Pemurataan Kos Ringgit)

RCA adalah teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko pelaburan berjumlah besar.

Melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh yang tetap tanpa menghiraukan harga unit ketika itu. Ia boleh dilakukakn samada bulanan (Standing Instruction) atau suku tahunan ( pengeluaran KWSP). Sebagai contoh, pelabur memilih untuk membuat pemotongan gaji terus melaui Standing Instruction sebanyak RM200/RM300 ke dalam akaun dana unit amanah. Bagi pelabur wanng simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan mengikut jumlah yang layak seperti RM5,000 atau RM10,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Lebih banyak unit dibeli apabila harga unit rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Pelabur di nasihatkan untuk memilih jumlah yang dirasakan selesa untuk di labur di bawah semua keadaan pasaran. Andaikan anda ingim menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:

Bulan

Jumlah Pelaburan (RM)

Harga seunit (RM)

Jumlah unit-unit dibeli

Jan

1,000

0.2256

4432.624113

Feb

1,000

0.2156

4638.218924

Mac

1,000

0.2226

4492.362983

Apr

1,000

0.2011

4972.650423

Mei

1,000

0.1981

5047.955578

Jun

1,000

0.1899

5265.929437

Julai

1,000

0.1755

5698.005698

Aug

1,000

0.1656

6038.647343

Sept

1,000

0.1587

6301.197227

Oct

1,000

0.1666

6002.40096

Nov

1,000

0.1769

5652.911249

Dec

1,000

0.2168

4612.546125

Jumlah

12,000

63,155.45

Keputusan

RM

Purata harga seunit

0.1928

Purata Kos seunit

0.1900

Nilai harga terkini

0.2168

Nilai pelaburan terkini

13,692.10


Dalam contoh di atas, purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM 0.1900, iaitu 1% kurang daripada harga seunit di sepanjang tempoh.

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.

KONSEP PERBANKAN SYARIA

Al-Wadiah (simpan dengan amanah / jaminan)

Al-Wadiah merujuk kepada perjanjian di mana pelanggan menyimpan wang di Bank dengan maksud supaya Bank bertanggungjawab menjaganya dengan selamat dan menjamin pengembalian wang tersebut apabila dituntut pada bila-bila masa.

Al-Mudharabah (perkongsian untung)

Al-Mudharabah merujuk kepada perjanjian di mana pelanggan menyerahkan modal kepada Bank dengan maksud supaya Bank melaburkan wang tersebut ke dalam perniagaan yang halal di sisi syarak dan pembahagian keuntungan akan dibahagikan kepada dua pihak tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui semasa akad.

Bai-Bithaman Ajil (jualan bayaran tertunda)

Bai-Bithaman Ajil merujuk kepada penjualan barang atas dasar bayaran tertunda pada harga yang mengambil kira margin untung yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Bai-Al Inah (tunai segera)

Bai-Al'Inah merujuk kepada konsep di mana Bank menjual harta kepunyaannya kepada pelanggan secara harga tangguh. Kemudian, Bank akan membeli semula harta berkenaan daripada pelanggan dengan harga tunai.

Al-Musyarakah (usaha sama)

Al-Musyarakah merujuk kepada perkongsian atau usaha sama menjalankan perniagaan tertentu dengan motif untung, yang mana pengagihan keuntungan / kerugian dibuat berasaskan jumlah modal yang disumbangkan.

Qardhul Hassan (pinjaman ihsan)

Qardhul Hassan merujuk kepada pinjaman tanpa faedah. Peminjam hanya dikehendaki membayar jumlah pokok yang dipinjam, namun beliau boleh membayar jumlah tambahan mengikut budi bicara mutlak beliau sebagai tanda penghargaan.

Al-Ijarah Thumma Al-Bai' (sewa dan beli)

Merujuk kepada dua kontrak yang dipersetujui secara berasingan dan berturutan seperti berikut:

(i) Kontrak Al-Ijarah (sewa); dan

(ii) (ii) Kontrak Al-Bai' (beli). Di bawah kontrak pertama, pelanggan menyewa barang daripada Bank pada kadar sewaan yang dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Bila tempoh sewaan matang, pelanggan menandatangani kontrak kedua untuk membeli barang tersebut dari pemilik pada harga yang dipersetujui.



ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.

Proses Pembersihan Dana

Assalamu'alaikum wbt.

Sekuriti patuh Syariah dikelaskan semula sebagai tidak patuh Syariah apabila kajian semula sekuriti tersebut oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, Lembaga Pengawasan Syariah Indeks Pasaran S&P Syariah BMI atau Penasihat Syariah, akan menyebabkan sekuriti itu dilupuskan sekiranya nilai pasaran melebihi kos pelaburan asal pada hari pengumuman.

Tujuan pembersihan dana, adalah sebarang keuntungan modal yang timbul daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah yang dibuat pada hari pengumuman boleh disimpan. Walau bagaimanapun sebarang lebihan keuntungan modal yang diterima dari pelupusan selepas hari pengumuman pada harga pasaran yang lebih tinggi dari harga penutup pada hari pengumuman tersebut harus disalurkan kepada badan-badan amal.

Apakah ertinya dasar agihan?
  • Agihan sampingan bermakna bahawa fokus utama dana adalah terhadap pencapaian pertumbuhan modal.Bergantung kepada kenaikan harga seunit.

  • Pendapatan tahunan bermakna bahawa dana tersebut akan mengagihkan pendapatan tahunan (income distribution) kepada pemegang unit, mengikut usaha terbaik pengurus dana. Ianya adalah option dan tidak semestinya dibayar, ianya bergantung kepada prestasi dana tersebut. Jika ada untung maka adalah dividen. Walau bagaimanapun Pengurus Dana sentiasa memastikan para pemegang unit mendapat dividen pada tahun kewangan berakhir.
Apakah profil risiko pelabur?

Setiap orang berlainan tahap profil risiko pelabur. Tahap profil risiko pelabur adalah tahap sejauhmana para pelabur atau bakal pelabur sanggup berdepan dengan risiko yang bakal dihadapinya sepanjang dia melabur di Unit Amanah.Terdapat beberapa profil risiko pelabur dan ianya mestilah atau wajib diketahui oleh bakal pelabur sebelum melabur ke dalam Unit Amanah. Para bakal pelabur diminta menemui Perunding Unit Amanah yang terlatih bagi mengetahui profil risiko mereka sebelum melaburkan duit mereka. Ini kerana Perunding Unit Amanah adalah mereka yang bertanggungjawab dan sentiasa memberikan perkhidmatan perundingan yang terbaik untuk anda. Dapatkan khidmat nasihat dari kami sebagai Perunding Unit Amanah.
  • Konservatif menunjukkan bahawa kecenderungan risiko pelabur adalah terhadap keselamatan modal dan kestabilan pendapatan tetapi memahami bahawa mungkin akan terdapat kerugian apabila membuat pelaburan di dalam dana.

  • Konservatif hingga sederhana menunjukkan bahawa kecenderungan risiko pelabur adalah terhadap gabungan berhemat pendapatan semasa dan pertumbuhan modal, dengan profil risiko seimbang yang mengambil kira prospek keuntungan dan kerugian yang terlibat.

  • Sederhana,kecenderungan risiko pelabur adalah terhadap pulangan yang lebih tinggi dan risiko lebih tinggi dengan prospek keuntungan dan kerugian yang terlibat.

  • Agresif menunjuukan bahawa kecenderungan risiko pelabur adalah terhadap pertumbuhan modal tinggi dan risiko tinggi yang sepadan dengannya.
Apakah cadangan tempoh pelaburan Minimum?

Cadangan tempoh pelaburan minimum adalah cuma cadangan dan panduan sahaja. Seharusnya para pelabur mengkaji pelaburan mereka di dalam dana pada kadar tetap untuk memastikan bahawa ia memenuhi keperluan atau matlamat kewangan mereka. Jangkamasa bergantung kepada sejauh mana matlamat kewangan boleh dicapai. Sebagai conoth jika anda nak beli rumah dalam masa 1 tahun dari sekarang, anda perlulah melabur dalam kuantiti yang banyak dan kemungkinan untuk memperolehi keuntungan pelaburan anda dalam 1 tahun adalah mustahil. Pelaburan adalah untuk jangkamasa sederhana (3 hingga 5 tahun) dan panjang ( < 5 tahun).

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.

Status Terkini ASB dan ASN : Masih Tidak Patuh Syariah

* dipetik dari laman facebook Ustaz Zaharuddin

Pada tarikh 30 Jan 2010, ASB dan ASN masih tidak dianggap Saham Patuh Syariah atau Islamic Fund oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lihat link ini http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf . Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai Islamic Fund) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut.

Awal tahun 2009, saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.

( LIHAT IMEJ SURAT DI LINK http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/)

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

1) Perbincangan Hukum ASB

2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Ikhlas Ingin Berkongsi

Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321


Hukum & Pengiraan Zakat Simpanan

SOALAN: Saya ada menyimpan wang di bank, jadi apakah ia wajib dizakatkan? Bagaimanakah mengira zakat wang simpanan?

JAWAPAN:

Maksud wang simpanan ialah wang yang disimpan sama ada dalam akaun simpanan di mana-mana institusi kewangan seperti bank mahu pun institusi lain seperti Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera. Ia meliputi akaun simpanan tetap mahu pun simpanan biasa.

Zakat dikenakan ke atas baki terendah simpanan di dalam tempoh setahun. Contoh, Ahmad mempunyai simpanan pada awal tahun 2007 sebanyak RM10,000 dan sepanjang tahun itu berlaku keluar dan masuk wang simpanan sehinggalah ke akhir tahun 2007 simpanannya berjumlah RM50,000.

Ahmad hendaklah melihat pada tarikh bilakah di dalam tahun itu, wang simpanan beliau berada pada baki terendah.

Katakanlah pada 15 Julai 2007, baki terendah simpanan Ahmad ialah RM7,000 dan nisab pada tahun 2007 ialah RM6,000 (maknanya wang simpanan itu melebihi nisab zakat), maka Ahmad hendaklah menggunakan nilai RM7,000 itu untuk dikirakan zakat.

Maka, RM7,000 X 2.5% > RM175 wajib dizakat sebagai zakat simpanan Ahmad pada tahun 2007.

Nota: Seandainya Ahmad mempunyai lebih dari satu akaun, maka beliau hendaklah mencampurkan semua baki terendah pada setiap akaun simpanan dan mendarabkannya dengan 2.5% bagi mendapatkan jumlah zakat simpanan beliau.

Jika Ahmad menyimpan di simpanan yang berfaedah, maka Ahmad hendaklah terlebih dahulu menolak jumlah faedah tersebut sebelum dikirakan zakat.

Sumber : Utusan Malaysia Jumaat 30 Mei 2008

p/s: Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321