write here about you and your blog

Apa yang anda perlukan...

Download di sini secara percuma...

Cukupkah wang persaraan kita...?


Oleh: FAUZI JAAFAR (WARTAWAN UTUSAN)

BERITA mengenai miskin selepas pencen memberi satu tekanan kepada penulis ketika cuba membayangkan hidup selepas bersara.

Apa yang mengerikan ialah walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006, namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Memang kita tidak dapat nafikan Malaysia sebuah negara yang sedang pesat membangun menuju ke arah negara maju sama seperti negara jiran, Singapura.

Pendapatan per kapita penduduk negara ini ialah RM15,336 setahun pada tahun 2005. Dan sudah tentu pendapatan itu meningkat pada tahun ini apabila kerajaan meluluskan kenaikan gaji sektor awam.

Tetapi jangan kita lupa bahawa yang mencarum dengan KWSP kebanyakannya adalah kakitangan swasta. Terdapat 10.38 juta pekerja swasta dengan 578,000 majikan pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, lima juta pekerja swasta mendapat pendapatan bulanan bawah RM1,000. Agaknya bagaimana nasib pekerja bawah RM1,000 ini untuk meneruskan kehidupan selepas bersara nanti.

Walaupun kita tahu bahawa caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji pekerja swasta, tetapi baki 89 peratus itu sebenarnya bukanlah angka yang besar jika hidup di bandar raya.

Kita ambil contoh seperti ini. Jika satu keluarga dengan empat anak iaitu contoh paling ideal untuk keluarga di negara ini, namun baki pendapatan tersebut harus pula digunakan untuk tujuan-tujuan lain.

Dengan ibu bapa yang bekerja swasta, mereka perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran bulanan bas sekolah yang secara puratanya untuk seorang mungkin mencecah RM100 sebulan.

Alhamdulillah pada tahun depan semua buku teks diberi secara percuma kepada semua pelajar. Jika empat orang anak bersekolah, bayaran bulanan mungkin mencecah RM400 sebulan.

Ini tidak termasuk bayaran ansuran sewa rumah. Jika di Kuala Lumpur, bayaran sewa bulanan untuk rumah teres dua tingkat mampu mencecah lebih RM1,000 manakala rumah teres pula dalam kadar RM700.

Lainlah jika membeli rumah pangsa tiga bilik. Mungkin kadar bayaran ansuran bulanan mencecah RM500. Tetapi anak pula tidak selesa hingga terpaksa berkongsi bilik.

Sebenarnya walaupun terdapat baki pendapatan sebanyak 89 peratus, percayalah ia masih tidak memadai pada masa kini kerana terlalu banyak yang perlu dibuat dengan baki pendapatan di tangan.

Terlalu banyak yang perlu dijelaskan seperti bayaran cukai pintu, bil-bil utiliti yang bukan murah kosnya disebabkan ia menggunakan petrol. Apabila petrol naik, maka kos mengangkat sampah di depan rumah juga akan dinaikkan.

Kebanyakan pekerja swasta ini pula tinggal di bandar-bandar besar yang memerlukan kos yang besar. Bagi mereka yang berpendapatan lima angka hingga enam angka, kos kehidupan di bandar tidak membebankan sangat.

Jangan pula kita lupa bahawa pekerja swasta daripada golongan Melayu tidak ramai memiliki pendapatan yang besar kerana mereka hanyalah pekerja dan bukannya golongan majikan.

Jadi apa yang perlu dibuat? Sebenarnya sudah tiba masanya pekerja swasta berjimat cermat dan berbelanja jika perlu.

Gunakan wang yang ada dengan bijaksana seperti melabur pada unit-unit saham amanah yang diuruskan oleh beberapa syarikat perbankan dan syarikat yang boleh diyakini seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB).Dan yang terkini Public Mutual.

Jangan pula melabur dengan saham cepat kaya di dalam Internet yang tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Nanti bukan sahaja untung tidak dapat, tetapi wang pula lesap.

Kerajaan pula melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu membantu dengan memastikan harga barangan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. Janganlah meminta rakyat berjimat sedangkan rakyat sebenarnya tidak mempunyai pilihan.

Bagi majikan di negara ini pula, kita harap dengan RM475 sebulan itu mampu menyedarkan mereka bahawa nasib pekerja di hari tua bukanlah begitu mudah.

Walaupun ungkapan di hari tua untuk beribadat semata-mata, namun realitinya bukan begitu kerana ada juga yang sudah bersara terpaksa bekerja semula seperti menjadi pengawal keselamatan.

Semua ini kerana pendapatan hari tua tidak seberapa sedangkan hidup perlu diteruskan.

Ikhlas sekadar ingin berkongsi, sahabat...


Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321

Kitab Panduan Unit Amanah

Assalamu'alaikum wbt.

Bila disebut sahaja kitab, pasti anda akan tertanya-tanya.Wah ada kitab juga Unit Amanah ni. Dari segi bahasa kitab itu adalah buku. So takde salahnya menggunakan istilah tersebut. More kepada gimix.

Kepada para pelabur diluar sana, sebelum anda berkira-kira untuk melabur. Saya menyarankan anda "khatam" dulu kitab panduan Unit Amanah ni terlebih dahulu. Cuba baca dan fahami keseluruhan kitab ini. Kitab yang saya maksudkan ini adalah tak lain dan tak bukan adalah berkaitan dengan Prospektus Induk. Dalam bicara kali ini saya menfokuskan kepada Prospektus Induk untuk dana siri Public berlandaskan Syariah. Sebelum anda membacanya terlebih dahulu kenalah bertanya atau dapat khidmat nasihat dari penasihat profesional anda khususnya Perunding Unit Amanah yang memberikan kitab ini kepada anda untuk dibaca. Kenalah cari guru dulu baru boleh belajar. Nanti kalu takde guru ibarat berguru dengan Syaitan yang direjam.

Apa yang harus anda tahu tentang Prospektus? Anda akan diajar untuk memahami prospektus tersebut sehingga anda faham, insyaAllah,itupun bergantung kepada anda. Jadi saya akan pecahkan beberapa sesi pembelajaran.

  1. Muka depan kulit depan Prospektus (Kenali dulu)
  2. Pendahuluan
  3. Glosari Istilah / SIngkatan
  4. Ciri-ciri penting dana
  5. Tentang dana amanah saham
  6. Maklumat terperinci tentang dana
  7. prestasi dana
  8. sorotan kewangan bersejarah dana
  9. memulakan pelaburan dengan public mutual
  10. maklumat urus niaga
  11. Yuran caj dan belanja
  12. Pengurus
  13. Pemegang Amanah
  14. Penasihat Syariah
  15. Syarat penting surat ikatan (Deed)
  16. Percukaian ke atas dana dan pemegang unit
  17. rangkaian pejabat cawangan public mutual
  18. rangkaian pejabat agensi public mutual

Anda haruslah sentiasa tekun dan sabar dalam menuntut ilmu.
Nabi Muhammad ada menyebut, "Sesiapa yang mahukan dunia, maka dia perlu berilmu. Sesiapa mahukan akhirat, maka dia perlu berilmu. Sesiapa mahukan dunia dan akhirat dia juga perlu berilmu"

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.


Nak Kahwin tapi tak cukup duit (episod 1)

Alahai hajat di hati nak kahwin tapi duit pula tak cukup, awek dah berapa kali tanya bila nak masuk meminang, ibubapa bakal mertua pun sama,bilalah agaknya anak aku nak kahwin dengan si anu ni...kalau camni baik cair orang lain...Adus camna agaknya perasan anda ya...Ehmmm anda mungkin sibuk turun naik bank untuk mencari bank yang boleh memberi loan kepada anda.

Persediaan kahwin perlu dibuat,belanja kahwin tentu memakan belanja beribu-ribu RM. Nak kumpul duit memang mungkin memakan masa bertahun-tahun lamanya. Bagi mereka yang ingin berkahwin diluar sana saya akan kongsikan tips kepada anda bagaimana anda boleh kahwin cepat. Ianya semudah A,B,C tetapi nak melaksanakannya mungkin berat kot, tapi kalau anda boleh katakan kepada awek anda lautan api anda sanggup renangi maka buktikan kesungguhan dan komitmen anda jangan setakat nak kahwin tetapi tak der tindakan, bangunnya sampai matahari tinggi. Orang sibuk cari rezeki anda sibuk buat tahi mata (jangan marah).

Tips yang ingin saya kongsikan adalah tips formula kekayaan. PISC.

P for Planning
Anda mampu merancang jika anda benar-benar mahu merancang. Sebaik-baiknya perancangan anda hendaklah dibuat 3 tahun sebelum anda kahwin dan selepas itu beberapa bulan sebelum berkahwin. Payah sangatkah merancang perkahwinan ni. Anda tidak perlukan perunding perkahwinan kerana ianya akan menyebabkan RM anda keluar lagi. Ok mari kita sama-sama merancang. Kepada kedua-dua bakal pengantin anda disarankan untuk merancang bersama-sama, kerana dari sinilah persefahaman akan terjalin dan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak dari segi kewangan dan keputusan yang dibuat. Ingat keputusan dalam perancangan anda menentukan sejauhmana keberhasilan majlis perkahwinan anda nanti. Ok jom rancang, berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam merancang perkahwinan anda...layan
  1. Tentukan tarikh dan tempat perkahwinan yang anda akan buat
  2. Dapatkan kebenaran berkahwin dari Majlis Ugama Islam, atau Jabatan Agama Islam di tempat anda
  3. Daftar kursus perkahwinan bersama dengan pasangan anda. Masukkan bayaran pendaftaran dalam bajet anda.
  4. Tentukan apakah tema perkahwinan yang anda inginkan (optional),ini tak semestinya.
  5. Tentukan berapakah bajet yang diperlukan untuk majlis kahwin anda. Bakal suami dan isteri perlu bijak merancang dalam menentukan berapakah bajet yang diperlukan terutamanya dengan mengambil kira faktor kenaikan harga barang atau faktor inflasi. Selepas itu duduk berbincang dengan pasangan anggaran keseluruhan. Matlamat anda adalah mengumpul dan mencapai pembiayaian majlis perkahwinan yang akan diminta oleh pihak perempuan semasa Majlis Pertunangan nanti. Tak salah jika bakal pengantin membina dan menetapkan persefahaman semasa diawal perkahwinan lagi ini bagi mengelakkan pergaduhan atau ungkit mengungkit di belakang hari.
Jika anda sudah mempunyai tarikh teruskan kepada langkah 2,3,4 dan 5. Perkara yang ingin saya sentuh di sini adalah no.5. Apakah belanja kahwin yang anda perlukan. Berikut adalah senarai belanja perkahwinan anda yang asas.

Belanja Merisik
  1. Cincin (terpulang kepada anda nak beli yang mahal ke murah bergantung kepada kemampuan anda sendiri, ingat ini baru peringkat merisik bukannya bertunang atua berkahwin kerana anda perlu berbelanja cincin lagi untuk keduanya)

  2. Jamuan (no komen-terpulang kepada kemampuan anda-biasa dipihak perempuan, walau bagaimanapun pihak lelaki bakal suami kena ambil tahu juga bagi mengelakkan pembaziran.Pihak perempuan boleh tanya berapa orang yang datang)

  3. Baju merisik (beli jak kain murah atau pakai baju melayu hari raya tahun atau 2 tahun lalu-bakal isteri atau suami sendiri faham-bajet dek)

  4. Perjalanan pergi balik rombongan (tentukan jenis kenderaan dan bilangan-jika lelaki yang bertandang maka pihak bakal isteri risik berapa orang datang)

  5. Tempat penginapan rombongan (tentukan jenis penginapan hotel,chalet,resthouse dll, bilangan tetamu yang menginap-bincang kedua mempelai)

Belanja Pertunangan
  1. Cincin (sebaiknya cincin ini upgrade, jika harga cincin merisik RM1++, sekarang Upgrade pula ke harga RM2++, terpulang kepada anda nak beli yang mahal ke murah bergantung kepada kemampuan anda sendiri, ingat ini baru peringkat bertunang-mahunya tak jadi)

  2. Jamuan (no komen-terpulang kepada kemampuan anda-biasa dipihak perempuan, walau bagaimanapun pihak lelaki bakal suami kena ambil tahu juga bagi mengelakkan pembaziran.Pihak perempuan boleh tanya berapa orang yang datang)

  3. Baju Pertunangan (beli jak kain murah atau pakai baju melayu hari raya tahun tahun lalu)

  4. Hantaran (Ini hantaran pertunangan jangan terlalu banyak sebab masa Majlis Pernikahan ada lagi hantaran-Ingat)

  5. Perjalanan pergi balik rombongan (tentukan jenis kenderaan dan bilangan-jika lelaki yang bertandang maka pihak bakal isteri risik berapa orang datang)

  6. Tempat penginapan rombongan (tentukan jenis penginapan hotel,chalet,resthouse dll, bilangan tetamu yang menginap-bincang kedua mempelai)
Ok, paling penting dalam pengurusan perkahwinan anda ialah bagaimana anda mengurus kewangan anda dalam perancangan perkahwinan anda nanti. Ingat, jika anda mahu gempak di majlis hari persandingan anda. Maka anda kenalah berjimat cermat semasa peringkat ini kerana peringkat ini takder siapa yang nak tengok. Hari Persandingan barulah orang akan melihat sejauh mana success nya percaturan perkahwinan anda. Syabas...

bersambung lagi akan datang...

Post Moterm Pendapatan

"Bil api,bil air,bil Astro, Bayaran Kereta, Rumah,...bla-bla-bla dan banyak lagi bayaran..."i

tulah keluhan dari seorang sahabat setiap hujung bulan pasti akan membuatkan hatinya gusar dan kepalanya pusing. Apakan tidak pendapatan gajinya sudah tahap defisit. Iaitu tahap negatif bukan lagi pendapatan Sifar. Aku pun tidak tahu kempen mana yang diikutnya ni. Mungkin Kempen Pendapatan Defisit. Waduh, kes berat ni!

Kekadang dunia sekarang ini cepat membangun. Kebarangkalian untuk seseorang itu membelanjakan duit dengan satu barang yang tidak perlu begitu tinggi sekali. Zaman canggih seperti iklan yang ditayangkan di kaca Televisyen serta corong-corong radio menggalakkan orang berbelanja melebihi pendapatan. Lihat sahaja iklan-iklan yang menggoda mata dan hati nurani. Antara kedai perabot dan kedai menjual barangan elektronik. Diskaun sehingga 70%, Tanpa Penjamin, Pinjaman Lulus dalam Masa 5 minit, Tanpa Kadar Faedah dan sebagainya. Skrip inilah yang akan menjurumuskan para pembeli untuk membeli barang mereka selain ditambah dengan jurujual yang telah dilatih untuk melemahkan para pelanggan dengan pujuk rayu mereka lebih-lebih lagi jika jurujualnya adalah seorang awek yang cute lagi sexy menyeksakan mata yang memandangnya. Jika pelanggan tersebut seorang lelaki pasti akhirnya pelanggan tersebut tanpa segan siliu akan membeli walaupun di rumah sudah penuh dengan perabot. Begitulah kebijaksanaan para tokeh mengambil pekerja yang mempunyai pakej melariskan jualannya. Paling penting UNTUNG.

So, jadilah pelanggan atau pengguna yang bijak. Tips hari ini berbelanja apabila PERLU SAHAJA. Jangan keluar rumah dan masuk ke kedai-kedai perabot yang menjanjikan diskaun hebat.


Sebagai UTC, siapa sebenarnya anda?

Ketrampilan dari segi pakaian haruslah diletakkan no.1 sebelum berjumpa dengan client atau prospek saya. Kenapa? Sebabnya kebiasaan manusia akan menilai dan membuat tafsiran atau first persepsion melalui luaran. So jika anda seorang perunding kewangan anda diklasifikasikan sebagai seorang profesional dan mempunyai kemahiran serta pengetahuan luas dalam bidang yang anda ceburi.

"Apa sebenarnya skop kerja anda?...",itulah soalah yang sering ditanya oleh Mr.Chong Top of Millionairre Producers di Sandakan dalam Public Mutual. Beliaulah yang bertanggungjawab dalam membawa aku ke dalam dunia Unit Amanah, yang suatu ketika dulu tidak ku pandang dan ambik tahu. Dulu, pada aku Public Mutual takder kaitan denganku, tetapi kini barulah aku sedar dan kesedaran semakin lama semakin menebal dan penyesalan juga datang bertandang bilamana memikirkan 10 tahun yang dulu, akibat tindakan menangguh membuat perancangan kewangan inilah dinamakan Cost of Procastination. Mungkin anda diluar sana tidak mengetahui sama seperti aku 10 tahun yang dulu.

Hari ini aku sedar setiap duit atau wang yang dikeluarkan mempunyai nilai yang amat berharga. Betullah, orang yang berilmu dengan orang yang tak berilmu mempunyai beza keduanya. Orang yang berilmu mengetahui setiap nilai duit yang dibelanjakan berbanding orang yang tidak ada langsung pengetahuan bab duit. Dulu saya tak kisah, sekarang saya kisah. Walhal sekarang ini saya menjadi seorang yang berkira-kira jika mahu membelanja wang ringgit untuk tujuan bersuka-suka. Sekarang setiap perbelanjaan dicatat dan direkokkan ke dalam buku tunai dan Aplikasi Akaun di Komputer. Berbanding dulu setiap perbelanjaan tidak direkodkan. So dengan catatan yang dibuat saya dapat mengetahui dari mana dan ke mana duit saya dibelanjakan.

Berbalik kepada persoalan "APAKAH SKOP KERJA SAYA SEBAGAI UTC..." , tak lain ialah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menyimpan dan melabur bagi mencapai matlamat kewangan 5 hingga 10 tahun akan datang. Perkongsian ilmu serta pengetahuan tentang cara berkesan bagaimana mengurus kewangan. Bagi mereka yang berada diluar sana jika mereka yang sukakan cabaran pada saya inilah kerja yang paling mencabar lebih mencabar dari seorang askar. Kenapa saya katakan lebih mencabar, mengubah mentaliti seseorang agar berubah dari suka berbelanja kepada menyimpan dan melabur bukanlah mudah ianya perlukan kesabaran tahap tinggi. Begitu juga kerjaya sebagai Perunding Takaful. Maka tidak hairanlah jika anda dibayar 6 tahun dari seorang pelanggan yang anda closed untuk kesnya.

p/s:bagi yang sukakan kerjaya mencabar sila hubungi saya 0168151321

Semak Gaji Anda...

"takde kerja lainkah Man, asyik facebook jak. Aku tengok dah 4 jam ko mengadap komputer ni. Ko tak penat ker atau boringker..." sergahku kepada my big brother.

"Relaxler bro, kan hari cuti ni...aku nak enjoyler...seharian aku mengadap kertas dan pen buat kerja kat opis macam takde life jak...", ulasannya panjang penuh pengertian. Nampak sangat mukanya kelihatan boring dan penat.

"Oklah, boleh kalau ko nak facebook, aku pun tengah facebook juga ni, cuma aku main facebook mencari client dan mengembangkan business internetku...so takderlah buang masa disamping menjana pendapatan...Time Is Money bro..." ulasku...

"Bayangkan kalau 12 jam ini ko buat sesuatu yang bermanfaat dapat juga ko hasilnya...macam nilah bro, aku nak tanya jika sekiranya time ini time bekerja tetapi bos ko tak bayar ko untuk 4 jam pertama sebab dia detect ko main facebook bukan bekerja...apa tindakan ko..." aku cuba menguji kepadanya...

"Dia tak bayar, siaplah aku bagi makan keyboard kat depan meja ni..." sambil menunjukkan rasa tidak puas hati...

"Tapikan, bukankah majikan itu benar. Dia tak bayar ko sebab 4 jam yang diguna pakai tidak dilakukan untuk membuat kerja-kerja seperti yang diarahnya. Kalau dia bayar juga ini menunjukkan boas anda telah mengalami kerugian. Bayangkan jika 20 pekerjanya dari 50 orang pekerja membuat benda yang sama seperti ko bro...dapat ko bayangkan kerugian yang dialaminya....",...sambil aku diam.., dan menyambung lagi..."TIME IS MONEY bro..., sebenarnya anda dibayar oleh majikan anda berdasarkan berapa jam anda bekerja. Ini bermakna anda bukan setakat bekerja tetapi anda juga seorang peniaga. Anda menjual masa anda kepada majikan anda,hasilnya anda mendapat upah dari masa yang anda jual kepadanya...tetapi bagaimana bos anda mahu membayar jika pekerja tidak tepati masa dan selalu curi tulang..."

"Tahu tak bagaimana gaji anda dibayar ? Berapa RM dalam sejam ?..."

"Tak Tahu...",entah semana-mana beliau Pause games dan memberi tumpuan kepada saya untuk melanjutkan lagi perbicaraan saya...

"Oklah, berapa gaji ko setahun...?"

"ehmmm, lebih kurang RM24,000..."

RM24,000 jika dibahagi dengan 12 bulan, maka gaji anda Sebulan RM2000.00, maka gaji sejam anda ialah RM12 sejam. Jika anda bekerja 8 jam sehari maka Gaji Seharian anda ialah RM96.00. Jika gaji anda tepat menunjukkan gaji anda tidak sepatutnya maka anda telah rugi duit, masa dan tenaga untuk beberapa tahun sepanjang tempoh anda bekerja.

Bayangkan anda tidak berkerja untuk 4 jam pertama. Maka gaji anda dibayar pada hari itu hanya 4 jam seterusnya. Maka anda hanya dibayar sebanyak RM48 sahaja. Jika 20 orang pekerja melakukan benda yang sama maka kerugian bagi peniaga tersebut ialah RM960.00 untuk hari tu sahaja. Jika syarikat kecil maka kemungkinan besar dari sistem pengurusan kewangan sudah tidak produktif dan mungkin mengalami kerugian, jika syarikat yang anda kerja tersebut rugi maka kemungkinan besar bonus serta income akan turut sama anda merasai impak. Ini belum masuk lagi dengan Cukai Pendapatan yang dikenakan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

p/s:ehm,masih blur camna nak kira gaji sejam. Hubungi saya di talian 0168151321 untuk mendapatkan formula percuma.

Jika aku ada RM 100,000

"Eh Lee, apa kamu nak buat jika kamu ada RM100,000 ditangan sekarang ini!" Dalam keadaan terkebil-kebil aku memerhati dalam-dalam kawan aku yang sorang ni. Bertubuh sasa, kulit hitam sawo matang yang ku gelar si Bentayan. Entah daripada mana dia ni tetiba je bertanya kepada aku soalan cepu emas yang memang semua orang nanti-nantikan. Kalau benarlah ada RM100,000 sekarang ini juga aku pi Cawangan Public Mutual kat Sandakan untuk melaburkan duit tersebut ke salah satu dana yang memberi pulangan tinggi serta kurang risiko dan otomatik menjadikan aku sebagai pelabur Mutual Gold dan layak untuk mendapat berbagai manfaat yang akan aku ceritakan dalam artikel akan datang kategori Unit Amanah.

"Lee,aku tanya ko ni,apa ko mau buat dengan RM100,000,jika ada ditangan ko!"

Betulkah apa yang aku dengar ni atau aku bermimpi disiang hari.

"Bentayan, rasaya berapa tahun ko tak makan selipar,jika adalah betul RM100,000 tunjuk kat aku"...sambil aku menguji beliau,aku dah tak sabar nak tengok,belai,sentuh,cium dan hidu bau duit RM100,000. Sehingga kini pun nak dapat pelabur yang melabur denganku RM100,000 belum tunjuk bayang. Tapi aku tidak putus asa, insyaAllah satu hari nanti aku akan mendapat pelabur yang dapat melabur kepadaku RM100,000.00. Doa kan saya yer...para pembaca blog.

"Aku takdelah sekarang, tapi aku ingat nak jual salah satu aset aku tu...aku nak tanya ko kalau aku dah dapat tunai nanti apa yang perlu aku buat!"

Leeer mamat sorang ni, lagi mau tanya, dia tak tau ker, kerja aku ni sebagai Perunding Unit Amanah. Jawapan aku ringkas ajer..."Labur, jer aset ko tu...,Aset apa ko nak jual..." dalam hatiku kaya juga kawan aku sorang ni.

"Aku nak jual rumah aku kat Tawau tu..."

"Berapa ko jual..."

"Adalah RM300,000..."sambil tersenyum denganku...ni buat lawak ker apa ni. Tetiba nak jual rumah bagus dia sedekah jak rumah tu kat aku...ada juga pahala. Bukankah itu juga pelaburan. Pelaburan Akhirat.

"Ehmmm..apasal ko nak jual...?", aku sekali lagi bertanya untuk kepastian...

"Aku nak pindah ke Sandakan,menetap kat sini...aku nampak peluang kat sini ada, aku nak buka ladang kelapa Sawit kat Bukit Garam...",dengan rasa yakin dan konfiden jer mamat ni. Baguslah tu ada juga kawan aku yang berjaya sebagai peneroka nanti.

"Adalah lebih baik ko melabur RM100,000 tu ke dalam salah satu dana yang akan aku perkenalkan kepada ko. Labur lump sum duit ko tu dan tunggu beberapa tahun akan datang. Biar duit ko tu beranak pinak. Bila dah berbuah maka ko petiklah keuntungan dia, macam ko petik buah kelapa sawit...pokoknya jangan ko tebang..., kalau ko tebang, gerenti ko tak akan dapat buahnya lagi dan nak tunggu ianya berbuah lagi terpaksalah tunggu beberapa tahun lagi...disamping itu ko terpaksa bermula dari awal, ada faham sahabatku..."

Sambungku lagi..."disamping keuntungan dari income distribution ko juga akan dapat keuntungan dari Capital Growth. So ko dapat buat untung 2 in 1. Berbanding ko simpan kat akaun biasa dalam bank ko tak dapat apa-apa,ini kerana kadar pulangan tahunan hanya mencapai 1-2% sahaja"

Akupun menerangkan dengan beliau panjang lebar bagaimana menjana pendapatan dan meningkatkan nilai simpanan dan dapat mencapai kewangan dalam masa beberapa tahun akan datang.

Akhirnya beliau setuju, untuk melabur...

p/s:jika anda diluar sana ingin mengetahui apa yang kami bincangkan...bah aturmu...kita buat temujanji bila,dimana dan siapa...just call 0168151321 atau email...

Gempak di Majlis Perkahwinan

Gempak, Sure Heboh, 3 hari 3 malam, kompang bertalu-talu dibunyikan,nyanyian dari band dan karoake jiran sebelah memecah kesunyian malam. Kelihatan dua merpati sejoli sedang disandingkan di pelamin impian bertahun-tahun lamanya. Fuhhh bagai pinang dibelah kapak. Si Lelaki segak bergaya dan Si Perempuan cantik,anggun lagi menawan dilengkapi dengan busana pengantin yang menampakkan kemewahan kedua-dua mempelai ini. Senyuman dari kedua-dua raja sehari ni tidak putus-putus sambil kedengaran ketawa kecil dari kedua-duanya apabila upacara suap-menyuap pada acara santapan malam itu. Rasanya berapalah agaknya wang yang dibelanjankan untuk mengadakan majlis yang besar-besaran ini.RM oh RM...Jika mampu bolehlah buat gempak sanding peraga kemewahan,bagi yang tak mampu buatlah alah kadar setakat akad nikah pun jadiklah tapi rugilah kan sebab ialah hari bersejarah kalau tak buat gempak camna orang nak labelkan Majlis Perkahwinan Paling Gempak Tahun Ini. "Title" itu yang penting. NAnti siapa yang bangga orang kampung heboh pasal majlis anda.Fuhhh memang akan dikenang sampai bila-bila lambat laun perkahwinan gempak menjadi trend, siapa yang tak buat grand maka akan dicoplah sebagai kedekut atau takder modal atau paling teruk lagi kahwin ***** . Oleh itu mahu tak mahu maka di pasangan pengantin atau ibubapa pengantin terpaksa ler berhutang dengan ceti atau bagi yang kerajaan bolehlah membuat Personal Loan dengan Bank Rakyat. Bank Rakyat sedia membantu anda walau gaji anda RM600 sekalipun anda layak untuk mendapat pinjaman melebihi gaji tahunan anda. Takper nanti boleh bayar pelan-pelan. Janji jangan kalah malu.

Begitulah senario yang berlaku kepada rakyat Malaysia berbelanja besar apabila mengadakan majlis perkahwinan, terutamanya di bandar. Ibubapa pengantin merasakan mereka perlu berbuat demikian demi untuk menjamu dan memuaskan hati tetamu yang datang. Alasan sedekah amal jariah. Perkahwinan sememangnya dianggap adat dan bukannya sebagai tuntutan agama lagi. Tuntutan agama hanya menyatukan kedua-duanya agar dapat menghalalkan yang haram. Tapi perlaksanaan untuk walimatulurus sudah melebihi dari tuntutan, seolah-olah menjadi adat bahawa majlis tersebut hendaklah dibuat besar-besaran. Pepatah Melayu lama ada mengatakan "biar mati anak jangan mati adat" yuppp betullah tu lambat laun anak juga kena menanggung hutang tersebut. Berikut adalah perbelanjaan yang perlu ada dalam majlis perkahwinan hari ini. Sekarang anda cuba semak mana yang tak perlu.
  • Adat resam
  • Belanja kahwin (hantaran,mas kawin)
  • Kenduri Kahwin 2 malam 3 hari.
  • Sewa Perabot
  • Sewa Pakaian
  • Sewa Khemah
  • Sewa JuruFoto dan JuruVideo
  • Bergambar Studio
  • Sewa Set Karoake / Band Musik
  • Sewa Kumpulan Kompang
  • Mak Andam
  • Perunding Perkahwinan
  • Sewa bas, Kapal Terbang
Antara senarai diatas suka saya sentuh adat resam. Adat resam memainkan peranan penting samada ianya memang sudah ada atau sengaja direka-reka untuk menampakkan kebanggan bangsa turun temurun. Ianya memerlukan pakar perunding perkahwinan dan semestinya jika memerlukan pakar perunding perkahwinan maka RM sekali lagi terpaksa dikeluarkan. Lebih menyulitkan lagi apabila adat tradisi tersebut memerlukan belanja yang besar seperti membeli aksesori busana pakaian mengikut suku bangsa si pengantin. Apapun adat jangan dilupakan. Selebihnya anda fikir sendiri.Perlu atau tidak?

  1. Wajarkah seseorang itu membelanjakan duit beribu-ribu untuk belanja kahwin yang hanya memakan masa 3 hari sahaja dan selepas itu orang akan melupakannya.

  2. Perlukah bakal pengantin tersebut berhutang demi memenuhi adat budaya serta tuntutan masyarakat untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka menjadi havoc?

  3. Cukupkah simpanan anda untuk berkahwin bagi mereka yang masih bujang?

p/s: Nak dapatkan tips bagaimana mencapai permintaan bakal mertua anda.Hubungi saya ditalian 0168151321 atau email sahaja.

Penetapan Matlamat

Salam sejahtera

Sebelum seseorang itu mahu merancang kewangan, terlebih dahulu kenalah tanya diri sendiri dulu. Apakah matlamat anda ke atas pendapatan, simpanan dan pelaburan anda. Maksudnya apa yang anda ingin laksanakan jika ada RM50,000 di tangan. Anda mahu berbelanja hari ini atau simpan untuk satu tempoh dan baru pakai.

Mudahnya...apa matlamat anda jika hujung bulan ini terima gaji. Berbelanja atau melabur ke Unit Amanah. Jika anda pilih untuk berbelanja ini bermakna anda akan mengalami kekurangan wang dalam tempoh tak sampai sebulan tetapi jika anda membuat keputusan untuk menyimpan di Bank anda juga mungkin tidak lari dari risiko inflasi. So di mana mahu di simpan wang ini.

p/s : nak tahu dimana nak simpan call 0168151321 atau email saya.

Unit Amanah itu sahamkah?


Assalammualaikum

Mungkin masih ramai lagi yang diluar tu beranggapan bahawa Unit Amanah itu adalah saham. Saham adalah saham dan unit amanah adalah skim seperti yang telah diterangkan dalam artikel sebelum ini. Jika dilihat,dari gambarajah dibawah jelas membuktikan bahawa Konsep Unit Amanah jauh berbeza dengan Pelaburan Saham. Cuma ianya adalah salah satu medium pelaburan sama seperti saham. Saya akan kupas kekeliruan anda semua.
Untuk menerangkan kedua-duanya, mari kita lihat dari segi definisi saham itu sendiri. Jika dilihat dari definisi Unit Amanah Scheme sudahpun diterangkan dalam artikel yang lalu. Sekarang ini mari kita lihat apa yang dikatakan saham.

Apa itu Saham?
Saham merupakan pelaburan yang menunjukkan pemilikan terhadal sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham anda sebenarnya membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat; ada syer dengan syarikat tersebut.Peratusan bergantung kepada berapa banyak anda melabur di syarikat tersebut. Anda salah seorang ahli lembaga pengarah dalam syarikat tersebut. Kadar pemilikan (atau ekuiti) bergantung kepada jumlah saham yang diberli. Lazimnya saham yang diterbitkan ialah saham biasa. Pelabur membeli saham syarikat kerana mereka ingin memperolehi pulangan yang diterbitkan ialah saham biasa. Pelabur membeli saham syarikat kerana ingin memperolehi pulangan daripada pelaburan mereka. (Dividen / Keuntungan Modal)

Kelebihan melabur di Saham Terus
Anda akan beroleh keuntungan melebihi 100% ini kerana tiada kekangan untuk anda membuat untung dalam pelaburan.

Kelemahan
Untuk memulakan pelaburan sekurang-kurangnya anda memerlukan modal yang besar terpulang kepada berapa unit syarikat tersebut agihkan untuk diniagakan. Jika 1 unit memakan belanja sebanyak RM10,000 maka jika anda ingin membeli 10 unit makan anda memerlukan RM100,000 kos untuk dilaburkan. Ini tidak termasuk kos yang terpaksa anda bayar kepada broker saham atau kos-kos lain seperti pengurusan,cukai dan sebagainya.

Anda haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bab pelaburan saham.Ini kerana tanpa pengetahuan serta kemahiran maka kemungkinan risiko untuk kehilangan modal pelaburan adalah tinggi.Dalam pelaburan memerlukan strategi bagi mengurangkan risiko.

Masa yang anda ada terpaksa korbankan untuk meninjau harga pasaran terkini, menyebabkan anda tidak senang duduk risau kalau-kalau harga melonjak turun pada taham negatif.

Rasanya cukup setakat itu sahaja dulu,nanti kalau ada maklumat terkini atau yang saya terlepas pandang akan saya kongsikan bersama anda dalam artikel akan datang. Sekian :)

p/s : tak salah kalau nak melabur saham,tapi kena tanya diri anda dulu, dari mana...?

Apa dia Skim Unit Amanah ?

Mr.P : Apa itu Tabung Amanah/Unit Trust ?

UTC : Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut

Harga unit mencerminkan jumlah keseluruhan Nilai Aset Bersiih / Net Assets Value , biasanya disebut sebagai NAV (dana's aset setelah tolak liabiliti, dibahagikan dengan jumlah unit yang di niagakan). Tidak seperti saham, yang harga boleh berubah pada setiap perdagangan, dana yang NAV dikira hanya pada penutupan perdagangan setiap hari. Maka harga unit dana yang dikutip dalam surat khabar utama pada Hari Kerja seterusnya.

Untuk melindungi hak-hak dan kepentingan sebagai pelabur, seorang pemegang amanah bebas/Trustee dilantik untuk memastikan pematuhan Manager dengan keperluan Akta Trust (Trust Deed), Suruhanjaya Sekuriti Manual Unit Dana perwalian dan Securities Commission (Unit Trust Skema) Peraturan 1996. Pengurus juga diwajibkan untuk menunjuk Syarikat diluluskan Auditor (dalam erti Companies Act 1965) untuk tujuan melakukan audit tahunan akaun Dana yang harus dimasukkan ke dalam laporan tahunan dana itu.

Mr. P : Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda

UTC : Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik

UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

p/s:Berminat menjadi Unit Trust Consultant...Hubungi kami 0168151321

03::Kemana halatuju gaji anda?

Salam sejahtera...

Apabila anda menerima gaji,hanya dua pilihan utama yang boleh anda buat dengan wang itu. Samada anda berbelanja untuk membeli barang kegemaran anda atau anda menyimpan untuk kegunaan masa hadapan. So tanya diri anda, simpan dulu atau belanja dulu. Jawapan anda menentukan corak pergerakan kewangan serta diri anda sebenarnya adakah anda seorang yang boros atau bertanggungjawab dalam menentukan matlamat kewangan anda dan keluarga anda.

Belanja dulu Simpan Kemudian
Jika anda tergolong dalam kategori ini, ini bermakna anda akan membelanjakan wang gaji anda terlebih dahulu untuk membeli barang idaman anda. Sekiranya ada baki, maka barulah anda akan menyimpan sekiranya tiada maka anda akan postpone ke bulan hadapan. Begitulah setiap bulan. Masa dihabiskan dengan shopping memanjang tanpa peduli ada atau tidak wang di saku. Jika memerlukan mereka ini terpaksa berhutang untuk mendapatkan barang idaman mereka. Mereka tidak kisah jika gaji ditangan sudah tahap sifar. Selagi boleh berbelanja selagi itulah beli.


Kebaikan yang ada oada mereka ini, ialah sikap tidak suka bertangguh dalam hal ehwal berbelanja. Jika diberi suatu tugasan dalam jabatan di tempat kerja, saya rasa golongan inilah yang akan terlebih dahulu adalah seorang yang tidak suka bertangguh dalam mencapai matlamat / impian anda. Ini kerana jika anda ternampak barangan yang mencuit hati anda, maka anda tidak segan-segan untuk membeli barang tersebut sama ada tunai atau terpaksa berhutang demi mendapat kepuasan diri dengan harapan anda menjadi orang yang pertama memiliki barang tersebut,lebih-lebih lagi jika barangan tersebut baru dilancarkan. Walaubagaimanapun setiap tindakan pasti ada risikonya. Risiko yang terpaksa anda hadapi ialah hutang serta anda tidak mempunyai simpanan.Peribahasa "biar papah asal bergaya" memang sesuai untuk orang macam ini. Adakah anda tergolong jenis ini? Tepuk dada tanya iman.

adalah seorang yang tidak suka bertangguh dalam mencapai matlamat / impian anda. Ini kerana jika anda ternampak barangan yang mencuit hati anda, maka anda tidak segan-segan untuk membeli barang tersebut sama ada tunai atau terpaksa berhutang demi mendapat kepuasan diri dengan harapan anda menjadi orang yang pertama memiliki barang tersebut,lebih-lebih lagi jika barangan tersebut baru dilancarkan. Walaubagaimanapun setiap tindakan pasti ada risikonya. Risiko yang terpaksa anda hadapi ialah hutang serta anda tidak mempunyai simpanan.

Jadilah Seorang Pakar Kewangan

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang kewangan, kerana ini memerlukan pengorbanan masa, RM dan tenaga anda untuk mengulangkaji pelajaran dalam hal ehwal kewangan yang semestinya memeningkan kepala anda. Walaubagaimanapun searanan saya kepada anda semua, jangan berputus asa kalau pun anda tidak menjadi pakar tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengurus kewangan anda sendiri tanpa bantuan orang lain. Jika anda pandai mengurus kewangan anda maka kelebihan berada pada anda berbanding rakan-rakan anda diluar sana yang hanya tahu berbelanja dan mengurus bagaimana mahu berbelanja lebih. Kata orang ikut nafsu binasa so jangan ikut nafsu ikutlah akal budi anda sebelum berbelanja. Jangan ikut peribahasa "biar papa asal bergaya".

Mari saya ceritakan mengenai 2 orang bersahabat baik. Namanya Rizal dengan Marzuki. Rizal dan Marzuki mempunyai usia yang sama 18 tahun dan mempunyai hobi serta citarasa yang sama. Dari segi paras rupa memang kedua-duanya handsome dan macho. Rizal dan Marzuki meminati awek yang sama bernama Fasha. Fasha merupakan gadis sebaya dengan mereka dan merupakan anak orang kaya. Untuk memilih kedua-dua jejaka yang handsome, Fasha telah membuat keputusan, siapa yang dapat mengumpul RM50,000.00 dulu dalam tempoh 5 tahun ini bermakna umur mereka bertiga nanti akan mencecah kepada 23 tahun. So bermula dari hari itu, kedua-dua jejaka tersebut mulalah bekerja keras dan menyimpan demi untuk pelaburan mendapatkan Fasha yang bernilai RM50,000.

Rizal telah melaburkan wangnya ke dalam satu dana yang memberi pulangan tahunan 8% berbanding Marzuki yang hanya menyimpan wangnya ke Akaun Simpanan Biasa yang hanya memberi pulangan sebanyak 2%. Pada pendapat anda siapakah yang akan memiliki Fasha sebagai suaminya ? Betul...anda sudah mengetahui jawapannya.

p/s: Untuk mengetahui bagaimana caranya saya boleh mengira siapakah yang akan memiliki Fasha hubungi 0168151321


Pengurusan Kewangan

Salam sejahtera para pembaca blog saya...

Dalam blog saya ini akan membincangkan sebanyak mungkin apa dia pengurusan kewangan. Kenapa ianya penting? Kenapa ia dipandang remeh oleh majoriti orang? Bagaimana pengurusan wang boleh membantu orang ramai mencapai matlamat kewangan mereka.

Istilah "perancangan kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.

Apa yang Termasuk dalam Perancangan Kewangan?

Pengurusan aliran tunai
- menilai nilai bersih (net worth) kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang ada). Ini secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.

Di antara perkara yang perlu dirancang ialah belanjawan, melangsaikan hutang dan membuat tabungan.

Perancangan Pelaburan
- setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.

Perancangan Takaful
- pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh perlindungan takaful secukupnya. Kematian adalah pasti, bagaimana pula dengan keilatan/lumpuh, penyakit kritikal, kemalangan dan bermacam-macam lagi musibah yang mungkin menimpa kita. Adakah kita bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi musibah ini. Bgaimana pula dengan kos rawatan hospital yang tinggi? Adakah kita ingin menggunakan duit simpanan untuk menampung kos perubatan. Perlindungan komprehensif akan membantu anda menghadapi pelbagai risiko dan ia juga dapat digunakan untuk persediaan pelan persaraan dan pendidikan anak.

Perancangan Cukai
- perancagnan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki. Ingat, anda bukan hendak melarikan diri dari membayar cukai tetapi anda belajar kaedah untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar.

Perancangan Persaraan
- anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.

Perancangan Pengagihan Harta
- mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.

Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.

Sumber diperolehi daripada http://www.smartplanner.my/

p/s: Jika anda mempunyai kesulitan bagaimana hendak mengurus kewangan,jangan segan silu hubungi saya kami 0168151321