write here about you and your blog

BLR Rate 2010 Malaysia Naik Lagi

BLR Rate 2010 Malaysia Naik Lagi

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Mukaddimmah

Assalammualaikum...

Salam sejahtera dan salam perkenalan kepada para pembaca weblog saya ini.

Misi

1 keluarga 1 Takaful
1 Keluarga 1 Pelaburan Unit Amanah

Matlamat
  • Celik Ilmu Pengurusan Kewangan

Objektif
  • Berjumpa dengan orang ramai dan berkongsi tentang Pengurusan Kewangan khususnya dalam perlindungan dan pelaburan.
  • Memberi maklumat bagaimana orang ramai boleh memindahkan risiko kepada pihak ketiga melalui Takaful dan Insurans.
  • Memberi maklumat bagaimana orang ramai boleh melabur di bursa saham melalui unit Amanah
  • Menyebarkan risalah kepada orang ramai tentang pengurusan kewangan yang baik
  • Berkongsi kepada orang ramai bagaimana meningkat atau menambah simpanan wang dari traditional kepada SMART SAVING.
  • Mengadakan kempen SMART Protection, SMART Investment, SMART Saving, SMART Income.
  • S:Simpan M:Melabur A:
  • Mengadakan "booth", kaunter di sekitar daerah Sandakan dan seluruh negeri Sabah.
  • Memberi maklumat kepada orang ramai bagaimana mencapai matlamat kewangan.

Salam Ramadhan

Assalammualaiku

Sempena Bulan Mulia Bulan Ramadhan, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat di mana jua anda berada.

Bulan puasa adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T. Perbanyakkanlah membuat amalam soleh tidak kira siang dan malam.Sesungguhnya di awal bulan puasa penuh dengan keberkatan dan rahmatNYA, dipertengahan pula keampunan dan diakhirnya bebas dari azab api neraka.InsyaAllah bersama kit amendapat puasa yang mabrur bukan hanya berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Bulan puasa adalah bulan yang dapat mendidik diri dan sikap kita agar sentiasa bersyukur dengan pemberianNYA. Oleh itu janganlah bulan puasa dijadikan bulan musim makan. Ini kerana kebanyak dikalangan mereka yang berpuasa.Start dari jam selepas subuh sehingga maghrib, Alhamdulillah puasa penuh cuma kesalnya dan bimbang apabila makanan yang dibeli dari bazar ramadhan melebihi dari sepatutnya.

Nafsu menguasai emosi,kalau boleh semua nak beli.Hinggakan lupa bulan untuk mendidik agar menjadi seorang yang berjimat bertukar menjadi bulan pesta makan.Kadangkala apabila sekali-sekala turun di bazar ramadhan, kelihatan para pembeli membawa lebih dari 6 bakul plastik yang berisi makanan. Kalau dah berkeluarga takperlah juga tetapi walaubagaimanapun saranan saya "MASAK KAT RUMAH LAGI JIMAT".

P/S: Ketahuilah nilai duit anda. Hubungi saya Perunding Kewangan Anda 0168151321


Tunai solat, rezeki jadi berka

Mac 4, 2010 oleh sulaiman

Oleh Hamizul Abdul Hamid www.hamizul.com
Rezeki Kamariah Saad semakin bertambah sejak mengusahakan kedai makan yang diusahakan di Rawang, Selangor.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka sendiri bangun dan merubah apa yang ada pada diri mereka (ar-Ra’d: 11) benar-benar menjadi prinsip kepada Kamariah Saad, 48.

Beliau adalah model ibu tunggal yang tidak pernah menyerahkan dirinya kepada takdir. Bahkan dirinya diasuh sedari awal, bahawa untuk hidup maka usaha harus diiring doa dan tawakal.

Janji Allah itu maha benar, usaha yang gigih, pasti kejayaan yang ditagih, kelak juga diimbuh dengan kurniaan rezeki yang kadang kala tidak tertahan-tahan lagi datangnya, silih ganti bertimpa-tindih.

Berasal dari Pendang, Kedah, Kamariah sudi berkongsi kisah buat iktibar mereka yang susah. Maka Jejak Asnaf kali ini cuba menerobos ruang kehidupan silam yang pastinya berbalam dan semahu mungkin cuba untuk dilupakan.

“Saya kematian suami pada tahun 2002 dan pada ketika itu, saya sarat mengandung anak yang kelima,” jelasnya.

Suami Kamariah meninggal dunia akibat serangan jantung, tanpa harta buat bergantung melainkan anak-anak yang harus dikendong.

“Sebenarnya, saya memang susah dari awal lagi. Perit sekali ustaz jika diingat-ingat. Dua puluh hari selepas arwah suami pergi, saya melahirkan anak kelima. Kala itu, saya di kampung menumpang rumah ibu.

“Mengenangkan diri yang serba amat kekurangan, tiada belanja kerana tidak punya wang dan pelbagai lagi masalah lain yang terus bertandang, emosi saya benar-benar terganggu.

“Anak-anak perlu diurus sedang bank sudah berkeras mahu menarik kereta. Sungguh, jika tiadalah bantuan daripada Allah, boleh jadi saya sudah gila agaknya,” katanya sambil menyeka genangan air di tubir mata.

Enam bulan menumpang kasih dan simpati keluarga di kampung, Kamariah kembali ke Selangor. Anak-anaknya juga tidak betah di Kedah. Semasa itu, beliau hanya mengharap ehsan adiknya di Kampung Bendahara, Batu Caves.

Namun, usahanya terbatas lantaran arahan perubatan bahawa bekas pembedahan semasa bersalin menghalang dirinya bergerak cergas.

“Alhamdulillah, dalam keterbatasan itulah dengan bantuan seorang teman, saya diizinkan Allah SWT membeli sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang.

“Terima kasih juga, kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut membantu membayarkan wang pendahuluannya,” tambah beliau.

Menurut Kamariah, tanpa duga rezekinya tertulis di Rawang. Beliau mencuba nasib membuka meja menjual nasi lemak pada sebelah pagi. Nasi lemaknya laris, anggaran pendapatan bersihnya sebulan kira-kira RM1,000.

Dapatlah beliau memenuhi keperluan lima anaknya, yang kesemuanya masih perlu biaya besar khususnya demi mendapatkan pendidikan terbaik.

Kamariah mempunyai lima anak. Yang sulung, Mohd. Riduan, 19, kini belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Shah Alam. Kedua, Anissafinas, 17, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Garing; ketiga Siti Nurazah, 14, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali dan menetap di Asrama Anak-anak Yatim Darul Kifayah, Kuala Lumpur. Anak keempat dan kelima, Nur Asyikin, 12, dan Nur Atirah, 8, masih belajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang, Selangor.

Bercerita lanjut, menurut Kamariah, pada tahun 2008, namanya disenaraikan untuk menerima bantuan kewangan.

Ketika itu, majlis dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Selangor. Semasa berucap, beliau ada berkata bahawa salah satu amalan yang membuka pintu rezeki ialah solat dhuha.

“Apabila pulang, pesanan itu terngiang-ngiang di gegendang telinga saya. Saya jadi yakin dan semenjak dari hari itu sehinggalah kini, saya tidak pernah meninggalkan solat dhuha. Seboleh mungkin, saya akan menunaikannya.

“Alhamdulillah, benarlah ustaz bahawa solat dhuha memang membuka pintu rezeki. Ia terbukti apabila saya dapati, rezeki kami anak-beranak semakin melimpah-ruah,” katanya.

Kamariah berkata, pernah pada bulan Ramadan tahun lalu, tidak semena-mena wakil sebuah bank datang ke rumah dan menyampaikan sumbangan RM500 untuk anak-anak.

“Saya juga memberanikan diri mengembangkan perniagaan. Kira-kira enam bulan sudah, saya membuka gerai makanan. Pada permulaannya memang agak perlahan sambutannya.

“Namun sekarang alhamdulillah, boleh dikatakan setiap hari habis lauk-pauk yang saya masak. Orang sudah ramai tahu dan mereka suka datang ke gerai saya,” katanya gembira.

Kamariah kini menyewa gerai Majlis Perbandaran Selayang dengan sewa RM200 sebulan. Perniagaan makanannya semakin mendapat sambutan dan pendapatan bersihnya kian stabil apabila mampu melebihi RM2,000 sebulan.

Menceritakan pengalamannya berniaga, Kamariah juga pernah ditipu oleh kawan sendiri.

Hangus modal dan untungnya hampir RM10,000 apabila orang tengah yang menerima bayaran pembekalan makanan ke sebuah kilang menghilangkan diri.

“Namun saya yakin ustaz, Allah SWT melindungi saya kerana saya tidak pernah tinggal solat sejak dari akil baligh. Bahkan, saya selalu mengamalkan surah-surah yang dianjurkan, misalnya al-Mulk dan al-Waqi’ah. Ditambah dengan amalan solat dhuha, maka saya dapat rasakan kesannya.

“Pernah saya mengabaikan amalan berkenaan, maka keesokan harinya saya dapat perhatikan gerai saya akan kekurangan pengunjung. Lalu saya amalkan kembali, solat dhuha dan membaca al-Quran.

“Alhamdulillah keesokannya rezeki saya kembali kencang. Ia menambahkan keyakinan saya, bahawa jika kita menjaga amalan, menjaga hubungan dengan Allah, tidak mengabaikan solat, maka rezeki pun jadi berkat,” jelasnya.

Kamariah mula menerima bantuan daripada LZS (MAIS) pada tahun 2003. Beliau diberi bantuan menyambut Ramadan dan Hari Raya juga bantuan pendidikan untuk anak-anak.

Setelah berpindah ke Rawang, di samping membantu melunasi pendahuluan rumahnya, LZS (MAIS) turut memberikan beliau bantuan kewangan bulanan dan modal perniagaan.

“Saya amat berterima kasih kepada LZS. Jujur saya nyatakan, tidak pernah walaupun sekali saya meminta bantuan kepada orang lain, khususnya mereka yang dekat dengan saya. Semuanya bekat adanya LZS, maka LZS-lah tempat saya mengadu, tempat saya mendapatkan bantuan khususnya kewangan,” katanya.

Kini, Kamariah sekeluarga sudah boleh menarik nafas lega. Rezekinya makin melimpah dan anak-anaknya tidak lagi pernah merasa susah.

Kepada semua pembayar zakat, beliau mengalungkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga, justeru zakat itulah yang menyangga beliau sehingga berjaya.

Kepada para ibu tunggal pula, pesanannya mudah sahaja, iaitu jagalah hubungan dengan Allah. Hubungan yang baik dengan Allah, rezeki pun menjadi mudah.

“Insya-Allah, saya akan mengeluarkan zakat pendapatan saya tidak lama lagi. Iyalah, rezeki pun sudah banyak, maka sudah tibalah saatnya saya pula menunaikan amalan wajib, sebagai tanda syukur saya kepada Allah,” ujar beliau.

Untuk tempahan makanan, Kamariah Saad boleh dihubungi di Selera Utara, No. 20, Gerai MPS, Rawang Intergrated, 48000 Rawang, Selangor atau menghubungi beliau di talian 016-365 3806.

lHAMIZUL ABDUL HAMID ialah Pegawai Dakwah Pena, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Rajin Bersedekah

ASMA’ menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma):
“Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah sehingga menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah melarang kita daripada mempunyai sifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta berkenaan ke jalan Allah.

Orang yang bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan pada masa depan kerana Allah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan sentiasa diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah.

p/s:Rajin-rajinlah bersedekah yer...nak sedekah boleh call 0168151321

Kadar Inflasi di Malaysia 2010


Sebelum saya berkongsi berita menganai kadar inflasi di Malaysia 2010 yang baru sahaja dikeluarkan laporannya, saya suka ingin berkongsi apaitu yang dinamakan “kadar inflasi”. Kadar adalah istilah ekonomi yang merujuk pada perubahan indeks harga. Kadar inflasi suatu negara dinilai berdasarkan tahap kenaikan harga untuk tempoh masa yang tertentu. Kadar inflasi mempengaruhi kuasa beli penduduk dan mampu mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Dalam bahasa mudahnya, semakin tinggi kadar inflasi di Malaysia contohnya, nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil. Nak betulkannya memerlukan kenaikan gaji atau pun perubahan daripada segi ekonomi itu sendiri. Lain negara lain ragamnya. Kadar inflasi juga sangat berbeza antara satu sama lain. Ada negara yang mencapai 2 digit bagi nilai inflasi malah ada yang lebih daripada itu. Ada juga negara yang mencapai kadar inflasi yang negatif. Ini disebabkan harga harga yang semakin jatuh. Mari kita buat perbandingan. Kadar inflasi antara negara-negara dunia :

  • Kadar Inflasi Kanada adalah 2.1%
  • Kadar Inflasi Amerika Syarikat 2.9%
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Venuzuela (18.7) > tertinggi di benua Amerika
  • Kadar Inflasi Norway 0.8%
  • Kadar Inflasi Britain 2.3%
  • Kadar Inflasi Australia > 2.3 %
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Afghanistan 13%
  • Kadar Inflasi Burma 35%
  • Kadar Inflasi Jepun 0.1%
  • Kadar Inflasi Zimbabwe 12,563%
  • Kadar Inflasi Guinea 23.4%
  • Kadar Inflasi Burkina Faso -0.2%
  • Kadar Inflasi Nigeria 0.1%


KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2010 naik sebanyak 1.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas tetapi tidak berubah bulan ke bulan. Bagi tempoh Januari-April, IHP meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Tahun ke tahun, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan masing-masing meningkat 2.2 peratus dan 1.2 peratus, kata jabatan itu.

Bagaimanapun, bagi asas bulan ke bulan, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan kekal tidak berubah. Bagi asas bulan ke bulan, jabatan itu berkata kumpulan-kumpulan utama menunjukkan kenaikan kecuali pakaian dan kasut (-0.3 peratus) dan komunikasi (-0.3 peratus).


Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus. BERNAMA

Sumber : http://beritasemasa.com

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.

Kadar Faedah Pinjaman Kereta!!


Musykil juga saya apabila kadar faedah pinjaman kereta Nasional lebih tinggi daripada kereta import. Boleh saya tahu apa rasionalnya? Adakah kereta Nasional lebih baik kualitinya berbanding kereta import?

KADAR faedah pinjaman sewa beli kenderaan akan dinaikkan antara 0.1 peratus dan 0.25 peratus berkuat kuasa Isnin ini sejajar kenaikan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kenaikan itu oleh bank tempatan baru-baru ini. “Berkuat kuasa 7 Jun, kadar faedah pinjaman sewa beli bagi kereta nasional baru dinaikkan 0.1 peratus, manakala bagi kereta bukan nasional baru pula, dinaikkan pada kadar 0.25 peratus.

“Secara umumnya, bagi pinjaman sewa beli kereta nasional baru bagi tempoh sembilan tahun kadarnya akan dinaikkan kepada 4.1 peratus; tujuh tahun kepada kepada 4.0 peratus dan lima tahun kepada 3.85 peratus. “Bagi kereta bukan nasional, bagi sewa beli dengan tempoh sembilan tahun, kadarnya dinaikkan kepada 3.85 peratus; tujuh tahun kepada 3.75 peratus dan lima tahun kepada 3.5 peratus,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bank Negara Malaysia 13 Mei lalu, menaikkan OPR, iaitu penanda aras yang digunakan bank tempatan untuk menentukan kadar faedah masing-masing, sebanyak 0.25 peratus kepada 2.5 peratus dalam usaha menaikkan kembali kadar faedah ke paras wajar selepas penurunan drastik dibuatnya tahun lalu bagi menampan kesan krisis kewangan global. Aishah menegaskan, kadar faedah pinjaman sewa beli baru itu akan merapatkan jurang antara kadar yang dikenakan ke atas kereta nasional baru dengan kereta bukan keluaran tempatan yang ketika ini adalah lebih rendah.

Beliau turut melahirkan keyakinan kenaikan itu dijangka tidak menjejaskan jualan kenderaan kerana ia adalah kecil. Justeru, katanya, MAA tidak akan menyemak semula unjuran jualan keseluruhan kenderaan bagi tahun ini sebanyak 550,000 unit. Tahun lalu, jumlah jualan kenderaan di negara ini adalah sebanyak 536,905 unit.

Jumlah jualan kenderaan dalam tempoh kira-kira lima bulan tahun ini pula adalah lebih 196,000 unit, lebih tinggi berbanding jualan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu kira-kira 162,000 unit. Perkara sama turut dipersetujui firma penyelidikan, HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd. Mengikut firma itu, ia adalah kenaikan kecil dan tidak akan menjejaskan jualan kenderaan.

“Sebagai contoh, bagi kadar faedah pinjaman pinjaman sewa beli kereta nasional sebanyak RM100,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun, kenaikan itu akan membabitkan bayaran tambahan RM9 sebulan. “Bagi pinjaman untuk kereta bukan nasional dengan jumlah dan tempoh bayaran balik yang sama, bayaran tambahannya adalah RM20 sebulan,” katanya.

Mengenai kesannya kepada keuntungan bank, HwangDBS berkata, ia akan memberi manfaat kepada bank yang mempunyai pendedahan besar dalam perniagaan sewa beli seperti Public Bank yang menguasai 26 peratus pasaran, AMMB (21 peratus pasaran) dan Maybank (17 peratus pasaran). Sumber Berita Harian & http://beritasemasa.com


ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.

Bagaimana merancang Pendidikan Anak?

Kanak-kanak dan pendidikan adalah merupakan keutamaan yang tersangat penting bagi kebanyakan ibubapa. Ramai dikalangan ibubapa sedar kos akan datang memerlukan tuntutan kos yang tinggi bagi menghantar anak ke Universiti. Peningkatan kos pendidikan secara dramatic dalam beberapa tahun ini.

Berapa yang diperlukan?

Umumnya, berikut adalah kos yang diperlukan seperti bayaran pengajian,buku dan alatulis, kos pengangkutan termasuk tiket anak dan ibubapa, penginapan dan makan minum.

a)Kos Pembiayaan

Kos pendidikan boleh mengetuk lubang besar kepada simpanan anda:

Year

Malaysia

Australia

US

UK

2000

RM50,000

RM194,000

RM271,000

RM306,000

2004

RM73,700

RM285,000

RM398,000

RM451,000

2009

RM108,200

RM419,000

RM584,000

RM662,000

2014

RM159,000

RM615,000

RM858,310

RM973,000

b) Kos Belanja Sara hidup,buku dan kos pengangkutan

Jika sekiranya pelajar tersebut di hantar ke luar negeri,bergantung kepada dimana mereka dihantar, kos sara hidup,buku dan pembiayaan perjalanan juga boleh memberi peningkatan secara significantly.

Untuk destinasi yang terkenal seperti UK, perbelajaan sara hidup boleh mencapai sebanyak GBPS 5,000 per year bersamaan dengan wang RM 30,000 setiap tahun.Manakala bagi Australia, perbelanjaan sara hidup mencecah be A$10,000 setiap tahun. Dengan kadar tukaran asing Australia sebanyak 2.3, kos boleh mencecah sebanyak RM23,000 setahun. Inilah makanya kenapa ibubapa di Malaysia suka menghantar anak mereka belajar di Australia.Walaupun keutaamaan ibubapa di UK.

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321


Perlukah Merancang Pendidikan Anak?

Merancang pendidikan anak bukanlah susah. Ianya semudah a,b,c. Cuma yang susahnya bagaimana kita selaku ibubapa sanggup berkorban dengan memberi komitmen sepenuhnya terhadap simpanan dan tabungan anak-anak. Ramai yang saya temui bila bertanyakan soalan kepada para ibubapa berkaitan dengan perancangan pendidikan anak-anak boleh dikatakan majoriti orang kita tiada (maaf ini realiti) perancangan berbanding dengan bangsa asing khususnya bangsa Cina. Mindset atau corak pemikiran kita bangsa Melayu haruslah diubah...ramai lagi yang tidak sedar dan masih berharap subsidi dari kerajaan selain dari tidak menyimpan,berasa selesa dengan keadaan sekarang dari segi pendapatan dan cara hidup sekarang,tiada perancangan jangka panjang. Bila disebut jangka panjang maka ramailah beranggapan bahawa "lama lagi...", "tunggulah...". jawapan ini sudah cukup sinonim dengan bangsa kita. Eroniknya kenapa bila ditanya esok, si anu tu nak jadi apa? Ko nak hantar study kat mana? Dengan penuh dramatik, si bapa pun menjawab sambil kembang kempis hidungnya seolah-olah anak sudah pun belajar di menara gading...antara jawapannya..."oh sudah tentu saya nak anak saya jadi DOKTOR, kalau boleh saya nak hantar di University Kedoktoran terbaik di dunia, biar jadi pakar,esok boleh buka klinik..." wah, berkobar-kobar si bapa. Saya pun bertanya...antara soalan-soalan saya yang sering saya tanya kepada mereka yang kononnya ada perancangan walhal tiada cuma angan-angan kosong ialah :-

1.Esok anak tuan, nak jadi doktor apa...pakar apa...
2.Esok anak tuan, nak hantar ke Universiti mana,negara mana...

itu baru soalan mukaddimah belum lagi soalan dalaman yang boleh menggegarkan emosi dan minda si bapa atau si ibu...

3. Berapa kos pengajian untuk jadi doktor...kalau luar negeri mesti kena guna matawang asing...
4. itu kos pengajian sahaja, berapa pula kos sara hidup tinggal kat sana...tiket kapalterbang,makanan,tempat tinggal,buku teks dan lain-lain lagi...

Tanya balik si bapa, pernah tak terfikir itu semua. Kita selalu menjawab nak hantar anak belajar itu ini. Nak jadi hebat nak jadi orang berguna...tetapi sedarkah kita wahai warga ibubapa kita selalu memberitahu anak kita agar "belajar bersungguh-sungguh,esok masuk U" tapi pernah tak anak kita memberitahu kita "kerja rajin-rajin,esok boleh tanggung pengajian saya kat U"...ha ha ha kena batang hidung sendiri.

so,dari hari ini tanya diri kita selaku ibubapa...

1.Universiti mana nak dihantar dalam atau luar negara Malaysia
2.Bidang pengajian apa yang diperlukan dalam pasaran kerja 10 tahun akan datang
3.Berapa kos pengajian diperlukan sepanjang pengajian
4.Berapa kos sara hidup di tempat pengajian
5.Cukupkah simpanan selama ini, EPF, kerja part time dan sebagainya
6.Ada tak aset lain seperti tanah,rumah untuk dicagarkan bagi buat loan kat bank
7.Bagaimana dengan anak-anak yang lain adakah nak hantar mereka masuk U juga
8.Bagaimana jika sudah tidak bekerja umur sudah menjangkau 40 tahun, 18 tahun lagi nak pencen...dapat tak menyara kos pendidikan untuk 10 tahun akan datang lagi,,,

anda akan pening kepala jika benar-benar anda seorang ibubapa yang perihatin...tetapi anda tidak perlu pening kepala untuk menjawab soalan-soalan ini. Hanya 1 jawapan sahaja iaitu MENABUNG,MENYIMPAN,MELABUR dari sekarang,bukan esok,lusa,tulat atau nanti dulu...

Tapi jika anda ibubapa "tangkap muat". Jawapannya mudah...BIARLAH APA MEREKA NAK JADI, BELAJAR TINGGI-TINGGI PUN SUSAH NAK DAPAT KERJA...Tahniah anda adalah ibubapa yang tidak mempunyai wawasan...lagi ramai ibubapa macam ni maka Malaysia akan bertambah muflis kurang dari 2019...fikir sendiri...tapi saya yakin para pembaca blog saya ini adalah ibubapa yang terbaik.

Persoalan,patutkah saya merancang pendidikan anak saya? Anda jawablah sendiri, jawapannya ada pada anda. Anda tanya anda jawab untuk diri anda,untung sabut timbul. Jadilah ibubapa yang cakap serupa bikin bukan cakap-cakap sahaja.

Tepuk dada tanya iman,ketuk kepala tanya minda,tepuk perut tanya nafsu/kehendak anda. Hanya anda mampu dan boleh mencorakkan anak anda mengikut acuan anda sendiri.

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321

Prinsip wang bekerja dalam Islam

Assalamu'alaikum wbt.

Wang tidak boleh dianggap menciptakan wang dalam sistem Islam. Sebaliknya wang boleh dianggap sebagai modal dan aset yang mampu bekerja dan menghasilkan pendapatan.

Ada 5 CIRI PENGURUSAN KEWANGAN yang membolehkan wang bekerja dalam Islam.

1. Perniagaan
Sabda Rasulullah SAW "9/10 rezeki adalah melalui perniagaan". Biar ada buat bisnes juga dalam menempuh hidup ini, walaupun sekadar kecil-kecilan dan sambilan, untuk dapat berkat usaha dan sunnah Nabi.

2. Takaful
Mafhum firman Allah (al-Maidah: 2) "Bertolong-tolonglah kamu pada melakukan kebaikan dan taqwa, sebaliknya jangan kamu saling membantu dalam melakukan kejahatan dan permusuhan". Perlu ambil takaful kerana ia dapat membantu saudara Islam yang lain dalam kesusahan. Dan apabila kita ditimpa musibah, insyaAllah ada orang lain yang akan membantu pula.

3. Aset
Mafhum firmah Allah (al-Anfal: 60) "Dan sediakanlah anak-anak (generasi) selepas kamu sedaya kemampuan kamu agar mereka berada di dalam kekuatan" Kekuatan ekonomi merupakan perisai daya tahan kepada kelangsungan keimanan anak-anak yang ditinggalkan. Sabda Rasulullah SAW "Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran".

4. Simpanan
Sabda Rasulullah SAW "Agihkanlah pendapatan kamu kepada tiga; 1/3 untuk dinafkahkan kepada keluargamu (kegunaan dan keperluan semasa), 1/3 untuk disedekahkan pada jalan Allah dan baki 1/3 untuk simpanan waktu susah. Kerana firman Allah dalam surah Yusuf 46-49 mengkhabarkan bahawa ujian Allah pasti datang dan ia tidak pernah diketahui oleh sesiapa. Dalam surah ini Allah mengkhabarkan bahawa akan datang zaman kemelesetan ekonomi selama tujuh tahun kemudian diikuti oleh tujuh tahun yang membuahkan hasil yang lumayan. Dengan sebab itu, Nabi yusuf menyarankan agar kerajaan melakukan simpanan bagi menghadapi masa susah kelak. Kehidupan kita di dunia ini juga adakalanya sihat dan ada waktunya sakit dan susah. Persedian adalah melalui simpanan, dan kita akan berada dalam keadaan yang lebih baik sekiranya kita telah melakukan persiapan.

5. Pelaburan
Dalam kitab fikah, ada bermacam-macam jenis penglibatan dan pengurusan kewangan. Ia seperti urusan hutang piutang, urusan pinjaman, sewaan, pajakan, gadaian dan sebagainya. Antaranya adalah mudharabah iaitu pihak yang mempunyai kewangan yang kukuh dan berlebihan membantu pihak yang mempunyai kepakaran untuk sama-sama berniaga dan berkongsi keuntingan. Itulah pelaburan. Dan jenis-jenis pelaburan banyak dibincangkan melalui ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang tidak sempat disenaraikan di ruangan yang terhad ini.

SYARAT WANG BEKERJA DALAM ISLAM

1. Bebas riba
Iaitu pertambahan sama ada dipersetujui atau terselindung dan tidak dinyatakan dalam akad.

2. Bebas gharar (kesamaran)
Iaitu tidak ada unsur kesamaran. Semua yang berkaitan pelaburan mestilah jelas. Kontraknya, siapa pemegang amanah, siapa penasihat syariat, telah melepasi tahap keselematan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti akta pengambilan deposit oleh Bank Negara dan lain-lain yang secara langsung berkaitan dengan pelaburan yang ingin disertai.

3. Bebas Maisir (judi)
Pelaburan bukanlah berbentuk perjudian yang menjanjikan keuntungan tanpa usaha, mengenakan yuran-yuran tertentu (kecil) yang tidak masuk akal untuk menghasilkan keuntungan yang maksima. Spt peraduan melalui sms, nombor ekor dan sebagainya.

4. Bebas tipu (ghish)
Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menipu (dalam urusan termasuk jual beli) maka ia bukan daripada golonganku. Maka pelaburan yang hendak diceburi hendaklah bebas daripada unsur mungkin berlaku penipuan seperti skim-skim cepat kaya, pelaburan internet dan sebagainya.

Rujukan: kuliah ekonomi Islam, UKM 2008, nota-nota kuliah, buku-buku fikah, al-Quran dan al-Hadith. laman web http://ibnrajab.wordpress.com/category/urus-kewangan/page/3/

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321

Apa dia Inflasi?

INFLASI: ANCAMAN YANG SENYAP!
Kira-kira 30 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang dari RM1. Hari ini, ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih dari RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang! Inilah yang dikatakan fenomena akibat daripada INFLASI. Ia boleh memberi kesan buruk kepada taraf hidup anda sekiranya tidak tahu cara mengatasinya.

Apakah Inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan. Ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahuanan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki mempunyai kuasa beli yang lebih kecil. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh, secawan kopi berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu adalah 5%.


Sebab-sebab inflasi


1. Permintaan tinggi, bekalan rendah

Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan akan menaik. Ia juga dikenali sebagai inflasi tarikan permintaan di mana terdapat terlalu banyak wang mengejar terlalu sikit barangan.

2. Peningkatan kos pengeluaran

Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat pengeluar menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan.

3. Kenaikan gaji dan pemberian bonus/insentif
Bagi memberi motivasi kepada para pekerja, pihak syarikat atau majikan kadang-kadang memberi kenaikan gaji tahunan, bayaran bonus ataupun insentif tertentu. Motivasi seperti ini adalah perlu bagi mempastikan margin produktiviti dan pengeluran syarikat yang berterusan dan berdaya maju. Apabila kejadian ini berlaku, kos pengeluaran turut menaik dan mengakibatkan kenaikan harga barang.

Kesan inflasi

Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun, inflasi boleh menyebabkan krisis ekonomi apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang dijangkakan. Kesan inflasi secara langsung ialah apabila anda merasakan kuasa beli wang anda semakin merosot. Anda juga akan mendapati kos bayaran balik pinjaman juga turut meningkat kerana kadar faedah turut meningkat.


Wang simpanan


Wang yang disimpan di dalam simpanan yang menjanjikan keuntungan kurang dari 5% setahun sebenarnya menghakis nilai wang berkenaan. Jika ia menjanjikan pulangan antara 5-8% pula dianggap sebagai penempis inflasi semata-mata. Maksudnya, nilai wang adalah sama. Kecuali sekiranya sesuatu pelaburan itu menjanjikan pulangan lebih daripada 8% setahun, atau purata setahun (cth pulangan 144% dalam masa 10 tahun memberi purata keuntungan 14.4% setahun) maka ia berjaya menangkis dan membendung masalah inflasi.


Mengatasi inflasi


1. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda.
2. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda.
3. Mengurangkan pemegangan kepada wang tunai yang banyak
4. Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan.
5. Mengurangkan dan mengurus hutang dengan baik.

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321


Memaksimakan pulangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bismillahirrahmanirrahim

SOALAN
Bagaimana saya ingin mendapat keuntungan yang maksima dengan melabur dalam dana-dana unit amanah?

JAWAPAN
Sekiranya anda ingin memaksimakan keuntungan dengan melabur dalam mana-mana dana unit amanah, maka anda perlu mematuhi/memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

1. Pilih dana Islam
Dana-dana Islam terbuka kepada semua investor sama ada muslim atau non-muslim, yg muslim wajib pilih dana Islam, sudah tentu!

2. Pilih tempat pelaburan yang baik
Anda perlu meneliti syarikat-syarikat yang terbukti dapat menguruskan pelaburan anda dengan baik.

3. Melabur atau menambah pelaburan pada masa ekonomi jatuh atau sedang memulih
Ia seperti keadaan hari ini, kerana pada masa tersebut harga unit yang ditawarkan adalah rendah, maka anda akan dapat unit yang maksima dari jumlah pelaburan yang anda lakukan. Ia juga dikenali sebagai prinsip RCA (Ringgit cost averaging) sekiranya anda menambah pelaburan.

4. Menetapkan jangka masa tertentu untuk setiap pelaburan
Anda perlu menetapkan masa yang baik untuk memberi peluang kepada dana yang anda laburkan itu berkembang dan memberi lebih pulangan. Kebanyakan syarikat yang menerbitkan unit amanah menasihatkan pelabur-pelaburnya memilih jenis dana yang sesuai mengikut matlamat kewangan setiap pelabur. Sebagai contoh setiap pelabur dana ekuiti dinasihatkan agar menetapkan matlamat untuk tempoh pelaburan selama 5 tahun ke atas. Semakin lama anda simpan sesutuau pelaburan, semakin ia memberi lebih pulangan

5. Mempelbagaikan pelaburan
Pelaburan anda bukanlah sesuatu yang statik. Maka anda juga tidak boleh berkelakuan statik sebaliknya anda perlu lebih dinamik di dalam memerhatikan potensi pelaburan anda. Mintalah bantuan agen, broker, penasihat pelaburan, perunding unit amanah atau mereka yang lebih arif agar memberitahu masa-masa yang sesuai untuk anda berbuat sesuatu tindakan. Sebagai contoh, sekiranya anda yakin bahawa ekonomi akan susut (biasa berlaku dalam tempoh setiap 8-10 tahun) dan dana anda telah susut (jatuh harga) dalam suatu jangkamasa yang panjang (contoh sebulan atau lebih) maka anda perlu bertindak mengunci keuntungan atau apa yang diistilahkan sebagai LOCK Profit. Anda perlu switch dana ekuiti anda kepada dana bon atau money market kerana kedua-dua dana jenis ini tidak berpotensi akan jatuh mendadak seperti ekuiti. Seterusnya apabila ekonomi memulih, anda perlu switch kembali dana bon anda kepada ekuiti.

6. Jual dana pada harga tinggi atau apabila telah mencapai matlamatnya
Elakkan untuk terpengaruh dengan desakan emosi apabila terdengar keadaan ekonomi sedang merudum dengan menjual dana anda. Terutama kalau dana anda telah mengalami banyak kemerosotan seperti keadaan semasa hari ini. Sebaliknya cuba bertahan dan tambah lagi pelaburan anda mengikut prinsip pertama (RCA) itu tadi. Kecuali sekiranya matlamat pelaburan anda telah tercapai iaitu melebihi 10 tahun, anak dah nak masuk universti, nak pergi haji dan sebagainya. InsyaAllah, walaupun keadaan ekonomi pada masa itu agak merosot, tetapi anda tidak lagi merasai kerugian kerana tempoh pelaburan anda telah matang (mengikut matlamat yang telah digariskan sebelum membuat pelaburan). Asal jangan menetapkan matlamat kurang dari 3 tahun.

7. Keluarkan zakat pelaburan anda
Sebagai orang Islam, anda wajib mengeluarkan zakat pelaburan. Zakat itu sendiri maksudnya subur dan suci. Untuk itu, anda perlu menyemak nilai nisab zakat untuk setiap tahun dan keluarkanlah hak Allah itu sebagaimana yang sepatutnya. Mintalah bantuan daripada pihak-pihak tertentu yang lebih arif sebagai rujukan.

Sekian, wassalam

Sumber : http://pb-mutual.blogspot.com/



Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321
Assalamu'alaikum wbt.

SOALAN : Bagaimanakah caranya untuk meminimumkan risiko dalam pelaburan Unit Amanah?

JAWAPAN :

(1) SWITCHING

Pelaburan anda bukanlah sesuatu yang statik. Maka anda juga tidak boleh berkelakuan statik sebaliknya anda perlu lebih dinamik di dalam memerhatikan potensi pelaburan anda. Mintalah bantuan perunding unit amanah atau mereka yang lebih arif agar memberitahu masa-masa yang sesuai untuk anda berbuat sesuatu tindakan. Sebagai contoh, sekiranya anda yakin bahawa ekonomi akan susut (biasa berlaku dalam tempoh setiap 8-10 tahun) dan dana anda telah susut (jatuh harga) dalam suatu jangkamasa yang panjang (contoh sebulan atau lebih) maka anda perlu bertindak mengunci keuntungan atau apa yang diistilahkan sebagai LOCK Profit. Anda perlu switch dana ekuiti anda kepada dana bon atau money market kerana kedua-dua dana jenis ini tidak berpotensi akan jatuh mendadak seperti ekuiti. Seterusnya apabila ekonomi memulih, anda perlu switch kembali dana bon anda kepada ekuiti. Srategi ini kita panggil Switching.

(2) KEPELBAGAIAN DALAM PELABURAN

Dalam Skim Unit Amanah, risiko untuk rugi banyak seperti di dalam pelaburan saham secara langsung adalah kurang. Ini kerana dana yang terkumpul dari pemilik unit dana akan dilaburkan oleh pengurus dana lebih dari satu portfolio. Sebagai contoh, dana tersebut dilaburkan ke kepelbagaian sektor dan syarikat. Ini bermakna jika salah satu sektor mengalami kerugian, pelabur tetap masih mendapat keuntungan dari sektor dan syarikat yang lain. Ibarat kata pepatah para pelabur bijak "Jangan letakkan semua telur ke dalam bakul yang sama tetapi letakkan telur di dalam bakul yang berlainan", ini kerana jika diletakkan telur dalam satu bakul yang sama kemungkinan jika berlaku perkara seperti bakul terbalik maka kemungkinan besar kesemua telur tersebut akan pecah (pelaburan secara langsung).

(3) ALLOCATION UNIT
Apa dia tu ? Dalam bahasa mudah, 'asset allocation' jika melabur secara l"ump sump" atau sekaligus katakan RM 50,000 . Perunding Unit Amanah yang terlatih akan memberi nasihat kepada anda agar melakukan Allocation Unit. Maksudnya sama seperti tadi jangan masukkan semua telur dalam satu bakul yang sama, kali ini bagaimana RM50,000 tersebut diagihkan atau dipecahkan kepada beberapa kategori jenis dana. Kategori dana unit amanah ni boleh diringkaskan ada beberapa jenis:
  • Ekuiti: asset class yang melabur dalam pasaran saham- risiko yang tinggi antara semua kategori tapi pulangan/return yang tinggi antara semua kategori.

  • Bond: asset class yang melabur dalam sekuriti hutang- risiko yang lagi rendah berbanding ekuiti tapi pulangannya rendah juga jika nak dibandingkan dengan ekuiti.

  • Money Market: pelaburan dalam instrumen pasaran wang-risiko terendah berbanding 2 jenis yang diatas dan pulangannya stabil tetapi kebiasaannya paling rendah.

Dalam keadaan pasaran sekarang yang mengalami penurunan ada pelabur unit amanah yang tengah 'garu-garu' kepala sebab rugi. Ada yang agen-agen suruh 'top-up' pelaburan sebab harga rendah. Macam mana kalau harga turun lagi? Jadi saya lebih suka strategi 'asset allocation' sebab kita boleh 'parking' dulu duit kita dalam dana kategori contohnya Money Market sementara tunggu pasaran pulih baru kita sikit-sikit masuk kembali dalam dana Ekuiti untuk membuat untung.



Jadi macam contoh rajah di atas, kalau dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu dan pasaran saham yang merundum, kalau melabur dalam Ekuiti confirm jadi macam rajah yang no. dua tu (Public Ittikal Fund) -35.00% maknanya kata kanlah melabur sekaligus macam RM 50,000 tadi jadi sekarang ni duit kita hanya tinggal RM 32,500 saja! banyak tu bro.

Tapi kalau kita pasang strategi 'asset allocation' katakanlah kita sangat berhati-hati jadi kita letak semua RM 50,000 dalam dana kategori Money Market macam contoh di atas (Public Islamik Money Market) jadi sekarang ni duit kita jadi lebih kurang RM 51,485 sebab ada untung 2.97%. Selain duit kita tak terjejas teruk macam kat ekuiti tapi ada untung sikit bila dah pasaran ok baru kita masuk dalam Ekuiti kerana potensi keuntungan dalam Ekuiti boleh melebihi 10% setahun.

(4) RINGGIT COST AVERAGING (Pemurataan Kos Ringgit)

RCA adalah teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko pelaburan berjumlah besar.

Melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh yang tetap tanpa menghiraukan harga unit ketika itu. Ia boleh dilakukakn samada bulanan (Standing Instruction) atau suku tahunan ( pengeluaran KWSP). Sebagai contoh, pelabur memilih untuk membuat pemotongan gaji terus melaui Standing Instruction sebanyak RM200/RM300 ke dalam akaun dana unit amanah. Bagi pelabur wanng simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan mengikut jumlah yang layak seperti RM5,000 atau RM10,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Lebih banyak unit dibeli apabila harga unit rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Pelabur di nasihatkan untuk memilih jumlah yang dirasakan selesa untuk di labur di bawah semua keadaan pasaran. Andaikan anda ingim menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:

Bulan

Jumlah Pelaburan (RM)

Harga seunit (RM)

Jumlah unit-unit dibeli

Jan

1,000

0.2256

4432.624113

Feb

1,000

0.2156

4638.218924

Mac

1,000

0.2226

4492.362983

Apr

1,000

0.2011

4972.650423

Mei

1,000

0.1981

5047.955578

Jun

1,000

0.1899

5265.929437

Julai

1,000

0.1755

5698.005698

Aug

1,000

0.1656

6038.647343

Sept

1,000

0.1587

6301.197227

Oct

1,000

0.1666

6002.40096

Nov

1,000

0.1769

5652.911249

Dec

1,000

0.2168

4612.546125

Jumlah

12,000

63,155.45

Keputusan

RM

Purata harga seunit

0.1928

Purata Kos seunit

0.1900

Nilai harga terkini

0.2168

Nilai pelaburan terkini

13,692.10


Dalam contoh di atas, purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM 0.1900, iaitu 1% kurang daripada harga seunit di sepanjang tempoh.

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.