write here about you and your blog

Prinsip wang bekerja dalam Islam

Assalamu'alaikum wbt.

Wang tidak boleh dianggap menciptakan wang dalam sistem Islam. Sebaliknya wang boleh dianggap sebagai modal dan aset yang mampu bekerja dan menghasilkan pendapatan.

Ada 5 CIRI PENGURUSAN KEWANGAN yang membolehkan wang bekerja dalam Islam.

1. Perniagaan
Sabda Rasulullah SAW "9/10 rezeki adalah melalui perniagaan". Biar ada buat bisnes juga dalam menempuh hidup ini, walaupun sekadar kecil-kecilan dan sambilan, untuk dapat berkat usaha dan sunnah Nabi.

2. Takaful
Mafhum firman Allah (al-Maidah: 2) "Bertolong-tolonglah kamu pada melakukan kebaikan dan taqwa, sebaliknya jangan kamu saling membantu dalam melakukan kejahatan dan permusuhan". Perlu ambil takaful kerana ia dapat membantu saudara Islam yang lain dalam kesusahan. Dan apabila kita ditimpa musibah, insyaAllah ada orang lain yang akan membantu pula.

3. Aset
Mafhum firmah Allah (al-Anfal: 60) "Dan sediakanlah anak-anak (generasi) selepas kamu sedaya kemampuan kamu agar mereka berada di dalam kekuatan" Kekuatan ekonomi merupakan perisai daya tahan kepada kelangsungan keimanan anak-anak yang ditinggalkan. Sabda Rasulullah SAW "Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran".

4. Simpanan
Sabda Rasulullah SAW "Agihkanlah pendapatan kamu kepada tiga; 1/3 untuk dinafkahkan kepada keluargamu (kegunaan dan keperluan semasa), 1/3 untuk disedekahkan pada jalan Allah dan baki 1/3 untuk simpanan waktu susah. Kerana firman Allah dalam surah Yusuf 46-49 mengkhabarkan bahawa ujian Allah pasti datang dan ia tidak pernah diketahui oleh sesiapa. Dalam surah ini Allah mengkhabarkan bahawa akan datang zaman kemelesetan ekonomi selama tujuh tahun kemudian diikuti oleh tujuh tahun yang membuahkan hasil yang lumayan. Dengan sebab itu, Nabi yusuf menyarankan agar kerajaan melakukan simpanan bagi menghadapi masa susah kelak. Kehidupan kita di dunia ini juga adakalanya sihat dan ada waktunya sakit dan susah. Persedian adalah melalui simpanan, dan kita akan berada dalam keadaan yang lebih baik sekiranya kita telah melakukan persiapan.

5. Pelaburan
Dalam kitab fikah, ada bermacam-macam jenis penglibatan dan pengurusan kewangan. Ia seperti urusan hutang piutang, urusan pinjaman, sewaan, pajakan, gadaian dan sebagainya. Antaranya adalah mudharabah iaitu pihak yang mempunyai kewangan yang kukuh dan berlebihan membantu pihak yang mempunyai kepakaran untuk sama-sama berniaga dan berkongsi keuntingan. Itulah pelaburan. Dan jenis-jenis pelaburan banyak dibincangkan melalui ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang tidak sempat disenaraikan di ruangan yang terhad ini.

SYARAT WANG BEKERJA DALAM ISLAM

1. Bebas riba
Iaitu pertambahan sama ada dipersetujui atau terselindung dan tidak dinyatakan dalam akad.

2. Bebas gharar (kesamaran)
Iaitu tidak ada unsur kesamaran. Semua yang berkaitan pelaburan mestilah jelas. Kontraknya, siapa pemegang amanah, siapa penasihat syariat, telah melepasi tahap keselematan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti akta pengambilan deposit oleh Bank Negara dan lain-lain yang secara langsung berkaitan dengan pelaburan yang ingin disertai.

3. Bebas Maisir (judi)
Pelaburan bukanlah berbentuk perjudian yang menjanjikan keuntungan tanpa usaha, mengenakan yuran-yuran tertentu (kecil) yang tidak masuk akal untuk menghasilkan keuntungan yang maksima. Spt peraduan melalui sms, nombor ekor dan sebagainya.

4. Bebas tipu (ghish)
Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menipu (dalam urusan termasuk jual beli) maka ia bukan daripada golonganku. Maka pelaburan yang hendak diceburi hendaklah bebas daripada unsur mungkin berlaku penipuan seperti skim-skim cepat kaya, pelaburan internet dan sebagainya.

Rujukan: kuliah ekonomi Islam, UKM 2008, nota-nota kuliah, buku-buku fikah, al-Quran dan al-Hadith. laman web http://ibnrajab.wordpress.com/category/urus-kewangan/page/3/

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321

0 comments:

Post a Comment