write here about you and your blog

Memaksimakan pulangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bismillahirrahmanirrahim

SOALAN
Bagaimana saya ingin mendapat keuntungan yang maksima dengan melabur dalam dana-dana unit amanah?

JAWAPAN
Sekiranya anda ingin memaksimakan keuntungan dengan melabur dalam mana-mana dana unit amanah, maka anda perlu mematuhi/memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

1. Pilih dana Islam
Dana-dana Islam terbuka kepada semua investor sama ada muslim atau non-muslim, yg muslim wajib pilih dana Islam, sudah tentu!

2. Pilih tempat pelaburan yang baik
Anda perlu meneliti syarikat-syarikat yang terbukti dapat menguruskan pelaburan anda dengan baik.

3. Melabur atau menambah pelaburan pada masa ekonomi jatuh atau sedang memulih
Ia seperti keadaan hari ini, kerana pada masa tersebut harga unit yang ditawarkan adalah rendah, maka anda akan dapat unit yang maksima dari jumlah pelaburan yang anda lakukan. Ia juga dikenali sebagai prinsip RCA (Ringgit cost averaging) sekiranya anda menambah pelaburan.

4. Menetapkan jangka masa tertentu untuk setiap pelaburan
Anda perlu menetapkan masa yang baik untuk memberi peluang kepada dana yang anda laburkan itu berkembang dan memberi lebih pulangan. Kebanyakan syarikat yang menerbitkan unit amanah menasihatkan pelabur-pelaburnya memilih jenis dana yang sesuai mengikut matlamat kewangan setiap pelabur. Sebagai contoh setiap pelabur dana ekuiti dinasihatkan agar menetapkan matlamat untuk tempoh pelaburan selama 5 tahun ke atas. Semakin lama anda simpan sesutuau pelaburan, semakin ia memberi lebih pulangan

5. Mempelbagaikan pelaburan
Pelaburan anda bukanlah sesuatu yang statik. Maka anda juga tidak boleh berkelakuan statik sebaliknya anda perlu lebih dinamik di dalam memerhatikan potensi pelaburan anda. Mintalah bantuan agen, broker, penasihat pelaburan, perunding unit amanah atau mereka yang lebih arif agar memberitahu masa-masa yang sesuai untuk anda berbuat sesuatu tindakan. Sebagai contoh, sekiranya anda yakin bahawa ekonomi akan susut (biasa berlaku dalam tempoh setiap 8-10 tahun) dan dana anda telah susut (jatuh harga) dalam suatu jangkamasa yang panjang (contoh sebulan atau lebih) maka anda perlu bertindak mengunci keuntungan atau apa yang diistilahkan sebagai LOCK Profit. Anda perlu switch dana ekuiti anda kepada dana bon atau money market kerana kedua-dua dana jenis ini tidak berpotensi akan jatuh mendadak seperti ekuiti. Seterusnya apabila ekonomi memulih, anda perlu switch kembali dana bon anda kepada ekuiti.

6. Jual dana pada harga tinggi atau apabila telah mencapai matlamatnya
Elakkan untuk terpengaruh dengan desakan emosi apabila terdengar keadaan ekonomi sedang merudum dengan menjual dana anda. Terutama kalau dana anda telah mengalami banyak kemerosotan seperti keadaan semasa hari ini. Sebaliknya cuba bertahan dan tambah lagi pelaburan anda mengikut prinsip pertama (RCA) itu tadi. Kecuali sekiranya matlamat pelaburan anda telah tercapai iaitu melebihi 10 tahun, anak dah nak masuk universti, nak pergi haji dan sebagainya. InsyaAllah, walaupun keadaan ekonomi pada masa itu agak merosot, tetapi anda tidak lagi merasai kerugian kerana tempoh pelaburan anda telah matang (mengikut matlamat yang telah digariskan sebelum membuat pelaburan). Asal jangan menetapkan matlamat kurang dari 3 tahun.

7. Keluarkan zakat pelaburan anda
Sebagai orang Islam, anda wajib mengeluarkan zakat pelaburan. Zakat itu sendiri maksudnya subur dan suci. Untuk itu, anda perlu menyemak nilai nisab zakat untuk setiap tahun dan keluarkanlah hak Allah itu sebagaimana yang sepatutnya. Mintalah bantuan daripada pihak-pihak tertentu yang lebih arif sebagai rujukan.

Sekian, wassalam

Sumber : http://pb-mutual.blogspot.com/



Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321

0 comments:

Post a Comment