write here about you and your blog

Assalamu'alaikum wbt.

SOALAN : Bagaimanakah caranya untuk meminimumkan risiko dalam pelaburan Unit Amanah?

JAWAPAN :

(1) SWITCHING

Pelaburan anda bukanlah sesuatu yang statik. Maka anda juga tidak boleh berkelakuan statik sebaliknya anda perlu lebih dinamik di dalam memerhatikan potensi pelaburan anda. Mintalah bantuan perunding unit amanah atau mereka yang lebih arif agar memberitahu masa-masa yang sesuai untuk anda berbuat sesuatu tindakan. Sebagai contoh, sekiranya anda yakin bahawa ekonomi akan susut (biasa berlaku dalam tempoh setiap 8-10 tahun) dan dana anda telah susut (jatuh harga) dalam suatu jangkamasa yang panjang (contoh sebulan atau lebih) maka anda perlu bertindak mengunci keuntungan atau apa yang diistilahkan sebagai LOCK Profit. Anda perlu switch dana ekuiti anda kepada dana bon atau money market kerana kedua-dua dana jenis ini tidak berpotensi akan jatuh mendadak seperti ekuiti. Seterusnya apabila ekonomi memulih, anda perlu switch kembali dana bon anda kepada ekuiti. Srategi ini kita panggil Switching.

(2) KEPELBAGAIAN DALAM PELABURAN

Dalam Skim Unit Amanah, risiko untuk rugi banyak seperti di dalam pelaburan saham secara langsung adalah kurang. Ini kerana dana yang terkumpul dari pemilik unit dana akan dilaburkan oleh pengurus dana lebih dari satu portfolio. Sebagai contoh, dana tersebut dilaburkan ke kepelbagaian sektor dan syarikat. Ini bermakna jika salah satu sektor mengalami kerugian, pelabur tetap masih mendapat keuntungan dari sektor dan syarikat yang lain. Ibarat kata pepatah para pelabur bijak "Jangan letakkan semua telur ke dalam bakul yang sama tetapi letakkan telur di dalam bakul yang berlainan", ini kerana jika diletakkan telur dalam satu bakul yang sama kemungkinan jika berlaku perkara seperti bakul terbalik maka kemungkinan besar kesemua telur tersebut akan pecah (pelaburan secara langsung).

(3) ALLOCATION UNIT
Apa dia tu ? Dalam bahasa mudah, 'asset allocation' jika melabur secara l"ump sump" atau sekaligus katakan RM 50,000 . Perunding Unit Amanah yang terlatih akan memberi nasihat kepada anda agar melakukan Allocation Unit. Maksudnya sama seperti tadi jangan masukkan semua telur dalam satu bakul yang sama, kali ini bagaimana RM50,000 tersebut diagihkan atau dipecahkan kepada beberapa kategori jenis dana. Kategori dana unit amanah ni boleh diringkaskan ada beberapa jenis:
  • Ekuiti: asset class yang melabur dalam pasaran saham- risiko yang tinggi antara semua kategori tapi pulangan/return yang tinggi antara semua kategori.

  • Bond: asset class yang melabur dalam sekuriti hutang- risiko yang lagi rendah berbanding ekuiti tapi pulangannya rendah juga jika nak dibandingkan dengan ekuiti.

  • Money Market: pelaburan dalam instrumen pasaran wang-risiko terendah berbanding 2 jenis yang diatas dan pulangannya stabil tetapi kebiasaannya paling rendah.

Dalam keadaan pasaran sekarang yang mengalami penurunan ada pelabur unit amanah yang tengah 'garu-garu' kepala sebab rugi. Ada yang agen-agen suruh 'top-up' pelaburan sebab harga rendah. Macam mana kalau harga turun lagi? Jadi saya lebih suka strategi 'asset allocation' sebab kita boleh 'parking' dulu duit kita dalam dana kategori contohnya Money Market sementara tunggu pasaran pulih baru kita sikit-sikit masuk kembali dalam dana Ekuiti untuk membuat untung.



Jadi macam contoh rajah di atas, kalau dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu dan pasaran saham yang merundum, kalau melabur dalam Ekuiti confirm jadi macam rajah yang no. dua tu (Public Ittikal Fund) -35.00% maknanya kata kanlah melabur sekaligus macam RM 50,000 tadi jadi sekarang ni duit kita hanya tinggal RM 32,500 saja! banyak tu bro.

Tapi kalau kita pasang strategi 'asset allocation' katakanlah kita sangat berhati-hati jadi kita letak semua RM 50,000 dalam dana kategori Money Market macam contoh di atas (Public Islamik Money Market) jadi sekarang ni duit kita jadi lebih kurang RM 51,485 sebab ada untung 2.97%. Selain duit kita tak terjejas teruk macam kat ekuiti tapi ada untung sikit bila dah pasaran ok baru kita masuk dalam Ekuiti kerana potensi keuntungan dalam Ekuiti boleh melebihi 10% setahun.

(4) RINGGIT COST AVERAGING (Pemurataan Kos Ringgit)

RCA adalah teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko pelaburan berjumlah besar.

Melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh yang tetap tanpa menghiraukan harga unit ketika itu. Ia boleh dilakukakn samada bulanan (Standing Instruction) atau suku tahunan ( pengeluaran KWSP). Sebagai contoh, pelabur memilih untuk membuat pemotongan gaji terus melaui Standing Instruction sebanyak RM200/RM300 ke dalam akaun dana unit amanah. Bagi pelabur wanng simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan mengikut jumlah yang layak seperti RM5,000 atau RM10,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Lebih banyak unit dibeli apabila harga unit rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Pelabur di nasihatkan untuk memilih jumlah yang dirasakan selesa untuk di labur di bawah semua keadaan pasaran. Andaikan anda ingim menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:

Bulan

Jumlah Pelaburan (RM)

Harga seunit (RM)

Jumlah unit-unit dibeli

Jan

1,000

0.2256

4432.624113

Feb

1,000

0.2156

4638.218924

Mac

1,000

0.2226

4492.362983

Apr

1,000

0.2011

4972.650423

Mei

1,000

0.1981

5047.955578

Jun

1,000

0.1899

5265.929437

Julai

1,000

0.1755

5698.005698

Aug

1,000

0.1656

6038.647343

Sept

1,000

0.1587

6301.197227

Oct

1,000

0.1666

6002.40096

Nov

1,000

0.1769

5652.911249

Dec

1,000

0.2168

4612.546125

Jumlah

12,000

63,155.45

Keputusan

RM

Purata harga seunit

0.1928

Purata Kos seunit

0.1900

Nilai harga terkini

0.2168

Nilai pelaburan terkini

13,692.10


Dalam contoh di atas, purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM 0.1900, iaitu 1% kurang daripada harga seunit di sepanjang tempoh.

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA


Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321 untuk membuat temujanji.

0 comments:

Post a Comment