Salam Sejahtera para pembaca blog yang saya hormati sekalian...
Untuk menjawab segala persoalan yang bermain di kepala para pelabur. Apakah peranan Penasihat Syariah. ZI Syariah Advisory Services Sdn Bhd adalah Penasihat Syariah yang dilantik oleh Public Mutual bagi memantau dan memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah. Penasihat Syariah mengkaji semula pelaburan dana setiap bulan bagi memastikan kepatuhan terhadap keperluan Syariah pada setiap masa dan mengadakan mesyuarat dengan Pengurus setiap suku tahun untuk mengkaji semula dan memberi nasihat berhubung kepatuhan dana terhadap keperluan Syariah. Selaras dengan Garis Panduan SS, peranan Penasihat Syariah ialah

- Memastikan bahawa dana amanah saham berlandaskan Syariah atau patuh syariah. Dana tersebut berlandaskan mengikut prinsip-prinsip syariah.
- Menyediakan kepakaran dan bimbingan untuk dana dalam semua aspek pengurusan.Ianya haruslah mengikut seperti yang digariskan dalam prinsip syariah termasuk surat ikatan dan prospektus dana,struktur dan proses pelaburan,instrumen dan operasi serta hal-ehwal pentadbiran yang lain.
- Merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah apabila terdapat sebarang kekaburan atau ketidakpastian berhubung sebarang pelaburan,instrumen,sistem,prosedut atau proses
- Meneliti laporan kepatuhan Dana sebagaimana yang disediakan oleh pegawai pemauhan pengurus,laporan urusniaga yang disediakan oleh atau diluluskan oleh Trustee, dan laporan-laporan lain yang dianggap perlu untuk memastikan pelaburan adalah telus mengikut prinsip syariah.
- Menyediakan laporan untuk disertakan dalam laporan interim dan tahunan Dana yang mengesahkan semua dana diurus dan ditadbir mengikut prinsip Syariah.
- Memastikan bahawa Dana mematuhi garis panduan,peraturan atau keputusan yang dikeluarkan oleh SS,berhubung perkara berkenaan Syariah;
- Menyemak dan memberi khidmat nasihat berhubung bahan promosi Dana;
- Membantu dan menghadiri mesyuarat "Ad-hoc" yang diadakan oleh SS dan/atau pihak berkuasa lain yang relevan.
Jika ingin membuat temujanji untuk mengetahui begaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya Fazlie 0168151321
0 comments:
Post a Comment