write here about you and your blog

Unit Amanah itu sahamkah?


Assalammualaikum

Mungkin masih ramai lagi yang diluar tu beranggapan bahawa Unit Amanah itu adalah saham. Saham adalah saham dan unit amanah adalah skim seperti yang telah diterangkan dalam artikel sebelum ini. Jika dilihat,dari gambarajah dibawah jelas membuktikan bahawa Konsep Unit Amanah jauh berbeza dengan Pelaburan Saham. Cuma ianya adalah salah satu medium pelaburan sama seperti saham. Saya akan kupas kekeliruan anda semua.
Untuk menerangkan kedua-duanya, mari kita lihat dari segi definisi saham itu sendiri. Jika dilihat dari definisi Unit Amanah Scheme sudahpun diterangkan dalam artikel yang lalu. Sekarang ini mari kita lihat apa yang dikatakan saham.

Apa itu Saham?
Saham merupakan pelaburan yang menunjukkan pemilikan terhadal sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham anda sebenarnya membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat; ada syer dengan syarikat tersebut.Peratusan bergantung kepada berapa banyak anda melabur di syarikat tersebut. Anda salah seorang ahli lembaga pengarah dalam syarikat tersebut. Kadar pemilikan (atau ekuiti) bergantung kepada jumlah saham yang diberli. Lazimnya saham yang diterbitkan ialah saham biasa. Pelabur membeli saham syarikat kerana mereka ingin memperolehi pulangan yang diterbitkan ialah saham biasa. Pelabur membeli saham syarikat kerana ingin memperolehi pulangan daripada pelaburan mereka. (Dividen / Keuntungan Modal)

Kelebihan melabur di Saham Terus
Anda akan beroleh keuntungan melebihi 100% ini kerana tiada kekangan untuk anda membuat untung dalam pelaburan.

Kelemahan
Untuk memulakan pelaburan sekurang-kurangnya anda memerlukan modal yang besar terpulang kepada berapa unit syarikat tersebut agihkan untuk diniagakan. Jika 1 unit memakan belanja sebanyak RM10,000 maka jika anda ingin membeli 10 unit makan anda memerlukan RM100,000 kos untuk dilaburkan. Ini tidak termasuk kos yang terpaksa anda bayar kepada broker saham atau kos-kos lain seperti pengurusan,cukai dan sebagainya.

Anda haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bab pelaburan saham.Ini kerana tanpa pengetahuan serta kemahiran maka kemungkinan risiko untuk kehilangan modal pelaburan adalah tinggi.Dalam pelaburan memerlukan strategi bagi mengurangkan risiko.

Masa yang anda ada terpaksa korbankan untuk meninjau harga pasaran terkini, menyebabkan anda tidak senang duduk risau kalau-kalau harga melonjak turun pada taham negatif.

Rasanya cukup setakat itu sahaja dulu,nanti kalau ada maklumat terkini atau yang saya terlepas pandang akan saya kongsikan bersama anda dalam artikel akan datang. Sekian :)

p/s : tak salah kalau nak melabur saham,tapi kena tanya diri anda dulu, dari mana...?

0 comments:

Post a Comment