write here about you and your blog

Semak Gaji Anda...

"takde kerja lainkah Man, asyik facebook jak. Aku tengok dah 4 jam ko mengadap komputer ni. Ko tak penat ker atau boringker..." sergahku kepada my big brother.

"Relaxler bro, kan hari cuti ni...aku nak enjoyler...seharian aku mengadap kertas dan pen buat kerja kat opis macam takde life jak...", ulasannya panjang penuh pengertian. Nampak sangat mukanya kelihatan boring dan penat.

"Oklah, boleh kalau ko nak facebook, aku pun tengah facebook juga ni, cuma aku main facebook mencari client dan mengembangkan business internetku...so takderlah buang masa disamping menjana pendapatan...Time Is Money bro..." ulasku...

"Bayangkan kalau 12 jam ini ko buat sesuatu yang bermanfaat dapat juga ko hasilnya...macam nilah bro, aku nak tanya jika sekiranya time ini time bekerja tetapi bos ko tak bayar ko untuk 4 jam pertama sebab dia detect ko main facebook bukan bekerja...apa tindakan ko..." aku cuba menguji kepadanya...

"Dia tak bayar, siaplah aku bagi makan keyboard kat depan meja ni..." sambil menunjukkan rasa tidak puas hati...

"Tapikan, bukankah majikan itu benar. Dia tak bayar ko sebab 4 jam yang diguna pakai tidak dilakukan untuk membuat kerja-kerja seperti yang diarahnya. Kalau dia bayar juga ini menunjukkan boas anda telah mengalami kerugian. Bayangkan jika 20 pekerjanya dari 50 orang pekerja membuat benda yang sama seperti ko bro...dapat ko bayangkan kerugian yang dialaminya....",...sambil aku diam.., dan menyambung lagi..."TIME IS MONEY bro..., sebenarnya anda dibayar oleh majikan anda berdasarkan berapa jam anda bekerja. Ini bermakna anda bukan setakat bekerja tetapi anda juga seorang peniaga. Anda menjual masa anda kepada majikan anda,hasilnya anda mendapat upah dari masa yang anda jual kepadanya...tetapi bagaimana bos anda mahu membayar jika pekerja tidak tepati masa dan selalu curi tulang..."

"Tahu tak bagaimana gaji anda dibayar ? Berapa RM dalam sejam ?..."

"Tak Tahu...",entah semana-mana beliau Pause games dan memberi tumpuan kepada saya untuk melanjutkan lagi perbicaraan saya...

"Oklah, berapa gaji ko setahun...?"

"ehmmm, lebih kurang RM24,000..."

RM24,000 jika dibahagi dengan 12 bulan, maka gaji anda Sebulan RM2000.00, maka gaji sejam anda ialah RM12 sejam. Jika anda bekerja 8 jam sehari maka Gaji Seharian anda ialah RM96.00. Jika gaji anda tepat menunjukkan gaji anda tidak sepatutnya maka anda telah rugi duit, masa dan tenaga untuk beberapa tahun sepanjang tempoh anda bekerja.

Bayangkan anda tidak berkerja untuk 4 jam pertama. Maka gaji anda dibayar pada hari itu hanya 4 jam seterusnya. Maka anda hanya dibayar sebanyak RM48 sahaja. Jika 20 orang pekerja melakukan benda yang sama maka kerugian bagi peniaga tersebut ialah RM960.00 untuk hari tu sahaja. Jika syarikat kecil maka kemungkinan besar dari sistem pengurusan kewangan sudah tidak produktif dan mungkin mengalami kerugian, jika syarikat yang anda kerja tersebut rugi maka kemungkinan besar bonus serta income akan turut sama anda merasai impak. Ini belum masuk lagi dengan Cukai Pendapatan yang dikenakan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

p/s:ehm,masih blur camna nak kira gaji sejam. Hubungi saya di talian 0168151321 untuk mendapatkan formula percuma.

0 comments:

Post a Comment