Alahai hajat di hati nak kahwin tapi duit pula tak cukup, awek dah berapa kali tanya bila nak masuk meminang, ibubapa bakal mertua pun sama,bilalah agaknya anak aku nak kahwin dengan si anu ni...kalau camni baik cair orang lain...Adus camna agaknya perasan anda ya...Ehmmm anda mungkin sibuk turun naik bank untuk mencari bank yang boleh memberi loan kepada anda.
Persediaan kahwin perlu dibuat,belanja kahwin tentu memakan belanja beribu-ribu RM. Nak kumpul duit memang mungkin memakan masa bertahun-tahun lamanya. Bagi mereka yang ingin berkahwin diluar sana saya akan kongsikan tips kepada anda bagaimana anda boleh kahwin cepat. Ianya semudah A,B,C tetapi nak melaksanakannya mungkin berat kot, tapi kalau anda boleh katakan kepada awek anda lautan api anda sanggup renangi maka buktikan kesungguhan dan komitmen anda jangan setakat nak kahwin tetapi tak der tindakan, bangunnya sampai matahari tinggi. Orang sibuk cari rezeki anda sibuk buat tahi mata (jangan marah).
Tips yang ingin saya kongsikan adalah tips formula kekayaan. PISC.
P for Planning
Anda mampu merancang jika anda benar-benar mahu merancang. Sebaik-baiknya perancangan anda hendaklah dibuat 3 tahun sebelum anda kahwin dan selepas itu beberapa bulan sebelum berkahwin. Payah sangatkah merancang perkahwinan ni. Anda tidak perlukan perunding perkahwinan kerana ianya akan menyebabkan RM anda keluar lagi. Ok mari kita sama-sama merancang. Kepada kedua-dua bakal pengantin anda disarankan untuk merancang bersama-sama, kerana dari sinilah persefahaman akan terjalin dan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak dari segi kewangan dan keputusan yang dibuat. Ingat keputusan dalam perancangan anda menentukan sejauhmana keberhasilan majlis perkahwinan anda nanti. Ok jom rancang, berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam merancang perkahwinan anda...layan
Belanja Merisik
Belanja Pertunangan
bersambung lagi akan datang...

- Tentukan tarikh dan tempat perkahwinan yang anda akan buat
- Dapatkan kebenaran berkahwin dari Majlis Ugama Islam, atau Jabatan Agama Islam di tempat anda
- Daftar kursus perkahwinan bersama dengan pasangan anda. Masukkan bayaran pendaftaran dalam bajet anda.
- Tentukan apakah tema perkahwinan yang anda inginkan (optional),ini tak semestinya.
- Tentukan berapakah bajet yang diperlukan untuk majlis kahwin anda. Bakal suami dan isteri perlu bijak merancang dalam menentukan berapakah bajet yang diperlukan terutamanya dengan mengambil kira faktor kenaikan harga barang atau faktor inflasi. Selepas itu duduk berbincang dengan pasangan anggaran keseluruhan. Matlamat anda adalah mengumpul dan mencapai pembiayaian majlis perkahwinan yang akan diminta oleh pihak perempuan semasa Majlis Pertunangan nanti. Tak salah jika bakal pengantin membina dan menetapkan persefahaman semasa diawal perkahwinan lagi ini bagi mengelakkan pergaduhan atau ungkit mengungkit di belakang hari.
Belanja Merisik
- Cincin (terpulang kepada anda nak beli yang mahal ke murah bergantung kepada kemampuan anda sendiri, ingat ini baru peringkat merisik bukannya bertunang atua berkahwin kerana anda perlu berbelanja cincin lagi untuk keduanya)
- Jamuan (no komen-terpulang kepada kemampuan anda-biasa dipihak perempuan, walau bagaimanapun pihak lelaki bakal suami kena ambil tahu juga bagi mengelakkan pembaziran.Pihak perempuan boleh tanya berapa orang yang datang)
- Baju merisik (beli jak kain murah atau pakai baju melayu hari raya tahun atau 2 tahun lalu-bakal isteri atau suami sendiri faham-bajet dek)
- Perjalanan pergi balik rombongan (tentukan jenis kenderaan dan bilangan-jika lelaki yang bertandang maka pihak bakal isteri risik berapa orang datang)
- Tempat penginapan rombongan (tentukan jenis penginapan hotel,chalet,resthouse dll, bilangan tetamu yang menginap-bincang kedua mempelai)
Belanja Pertunangan
- Cincin (sebaiknya cincin ini upgrade, jika harga cincin merisik RM1++, sekarang Upgrade pula ke harga RM2++, terpulang kepada anda nak beli yang mahal ke murah bergantung kepada kemampuan anda sendiri, ingat ini baru peringkat bertunang-mahunya tak jadi)
- Jamuan (no komen-terpulang kepada kemampuan anda-biasa dipihak perempuan, walau bagaimanapun pihak lelaki bakal suami kena ambil tahu juga bagi mengelakkan pembaziran.Pihak perempuan boleh tanya berapa orang yang datang)
- Baju Pertunangan (beli jak kain murah atau pakai baju melayu hari raya tahun tahun lalu)
- Hantaran (Ini hantaran pertunangan jangan terlalu banyak sebab masa Majlis Pernikahan ada lagi hantaran-Ingat)
- Perjalanan pergi balik rombongan (tentukan jenis kenderaan dan bilangan-jika lelaki yang bertandang maka pihak bakal isteri risik berapa orang datang)
- Tempat penginapan rombongan (tentukan jenis penginapan hotel,chalet,resthouse dll, bilangan tetamu yang menginap-bincang kedua mempelai)
bersambung lagi akan datang...
0 comments:
Post a Comment