write here about you and your blog

03::Kemana halatuju gaji anda?

Salam sejahtera...

Apabila anda menerima gaji,hanya dua pilihan utama yang boleh anda buat dengan wang itu. Samada anda berbelanja untuk membeli barang kegemaran anda atau anda menyimpan untuk kegunaan masa hadapan. So tanya diri anda, simpan dulu atau belanja dulu. Jawapan anda menentukan corak pergerakan kewangan serta diri anda sebenarnya adakah anda seorang yang boros atau bertanggungjawab dalam menentukan matlamat kewangan anda dan keluarga anda.

Belanja dulu Simpan Kemudian
Jika anda tergolong dalam kategori ini, ini bermakna anda akan membelanjakan wang gaji anda terlebih dahulu untuk membeli barang idaman anda. Sekiranya ada baki, maka barulah anda akan menyimpan sekiranya tiada maka anda akan postpone ke bulan hadapan. Begitulah setiap bulan. Masa dihabiskan dengan shopping memanjang tanpa peduli ada atau tidak wang di saku. Jika memerlukan mereka ini terpaksa berhutang untuk mendapatkan barang idaman mereka. Mereka tidak kisah jika gaji ditangan sudah tahap sifar. Selagi boleh berbelanja selagi itulah beli.


Kebaikan yang ada oada mereka ini, ialah sikap tidak suka bertangguh dalam hal ehwal berbelanja. Jika diberi suatu tugasan dalam jabatan di tempat kerja, saya rasa golongan inilah yang akan terlebih dahulu adalah seorang yang tidak suka bertangguh dalam mencapai matlamat / impian anda. Ini kerana jika anda ternampak barangan yang mencuit hati anda, maka anda tidak segan-segan untuk membeli barang tersebut sama ada tunai atau terpaksa berhutang demi mendapat kepuasan diri dengan harapan anda menjadi orang yang pertama memiliki barang tersebut,lebih-lebih lagi jika barangan tersebut baru dilancarkan. Walaubagaimanapun setiap tindakan pasti ada risikonya. Risiko yang terpaksa anda hadapi ialah hutang serta anda tidak mempunyai simpanan.Peribahasa "biar papah asal bergaya" memang sesuai untuk orang macam ini. Adakah anda tergolong jenis ini? Tepuk dada tanya iman.

adalah seorang yang tidak suka bertangguh dalam mencapai matlamat / impian anda. Ini kerana jika anda ternampak barangan yang mencuit hati anda, maka anda tidak segan-segan untuk membeli barang tersebut sama ada tunai atau terpaksa berhutang demi mendapat kepuasan diri dengan harapan anda menjadi orang yang pertama memiliki barang tersebut,lebih-lebih lagi jika barangan tersebut baru dilancarkan. Walaubagaimanapun setiap tindakan pasti ada risikonya. Risiko yang terpaksa anda hadapi ialah hutang serta anda tidak mempunyai simpanan.

0 comments:

Post a Comment