write here about you and your blog

Sebagai UTC, siapa sebenarnya anda?

Ketrampilan dari segi pakaian haruslah diletakkan no.1 sebelum berjumpa dengan client atau prospek saya. Kenapa? Sebabnya kebiasaan manusia akan menilai dan membuat tafsiran atau first persepsion melalui luaran. So jika anda seorang perunding kewangan anda diklasifikasikan sebagai seorang profesional dan mempunyai kemahiran serta pengetahuan luas dalam bidang yang anda ceburi.

"Apa sebenarnya skop kerja anda?...",itulah soalah yang sering ditanya oleh Mr.Chong Top of Millionairre Producers di Sandakan dalam Public Mutual. Beliaulah yang bertanggungjawab dalam membawa aku ke dalam dunia Unit Amanah, yang suatu ketika dulu tidak ku pandang dan ambik tahu. Dulu, pada aku Public Mutual takder kaitan denganku, tetapi kini barulah aku sedar dan kesedaran semakin lama semakin menebal dan penyesalan juga datang bertandang bilamana memikirkan 10 tahun yang dulu, akibat tindakan menangguh membuat perancangan kewangan inilah dinamakan Cost of Procastination. Mungkin anda diluar sana tidak mengetahui sama seperti aku 10 tahun yang dulu.

Hari ini aku sedar setiap duit atau wang yang dikeluarkan mempunyai nilai yang amat berharga. Betullah, orang yang berilmu dengan orang yang tak berilmu mempunyai beza keduanya. Orang yang berilmu mengetahui setiap nilai duit yang dibelanjakan berbanding orang yang tidak ada langsung pengetahuan bab duit. Dulu saya tak kisah, sekarang saya kisah. Walhal sekarang ini saya menjadi seorang yang berkira-kira jika mahu membelanja wang ringgit untuk tujuan bersuka-suka. Sekarang setiap perbelanjaan dicatat dan direkokkan ke dalam buku tunai dan Aplikasi Akaun di Komputer. Berbanding dulu setiap perbelanjaan tidak direkodkan. So dengan catatan yang dibuat saya dapat mengetahui dari mana dan ke mana duit saya dibelanjakan.

Berbalik kepada persoalan "APAKAH SKOP KERJA SAYA SEBAGAI UTC..." , tak lain ialah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menyimpan dan melabur bagi mencapai matlamat kewangan 5 hingga 10 tahun akan datang. Perkongsian ilmu serta pengetahuan tentang cara berkesan bagaimana mengurus kewangan. Bagi mereka yang berada diluar sana jika mereka yang sukakan cabaran pada saya inilah kerja yang paling mencabar lebih mencabar dari seorang askar. Kenapa saya katakan lebih mencabar, mengubah mentaliti seseorang agar berubah dari suka berbelanja kepada menyimpan dan melabur bukanlah mudah ianya perlukan kesabaran tahap tinggi. Begitu juga kerjaya sebagai Perunding Takaful. Maka tidak hairanlah jika anda dibayar 6 tahun dari seorang pelanggan yang anda closed untuk kesnya.

p/s:bagi yang sukakan kerjaya mencabar sila hubungi saya 0168151321

0 comments:

Post a Comment